Monday, October 18, 2010

Rumah Impian



Setelah lebih kurang 18 bulan menanti, akhirnya siap juga rumah impian kami suami isteri... Detik Oktober 2009 dan sempena hari jadi ku... Kami mengambil kunci rumah dari pihak pemaju (GLOMAC)

Ini laaa rumah impian kami...



Mengimbas kembali kenangan lalu... Penghujung tahun 2007, secara tidak sengaja kami telah tersasar dari laluan asal hingga ke Saujana Utama Sungai Buluh... Plan asalnya, saja nak pegi tengok rumah contoh kat Alam Budiman...  tapi tak tau laaa pulak... macam mana boleh sampai pulak ke Saujana Utama Sungai Buluh... Kebetulan waktu itu fasa kedua sedang dalam perancangan pembinaan... sudah terlanjur ke situ... Kami pun singgah laa melawat show house yang sedia ada...

Saiz rumah ok... 22 X 75... Harga... mmm.... dalam budget range... Isteri ku yang tercinta pulak dah jatuh kat rumah nie... So, saya pun daftar nama untuk pre-launch... Bila GLOMAC panggil untuk pre-launch booking... Saya terus letak booking fee... :) Dalam pada tuu ada juga la buat back ground investigation developer tuu... tengok performance ok... dan member pulak ramai yang duduk situ... So, agak confident laaa sket... Kami berdua memilih Regal Homes Type A, Dimension 22 X 75



No comments :

Post a Comment

Ada robot tak??? Setiap komen yang di tinggalkan disini akan di kunjung balas ke blog tuan-tuan sebagai tanda terima kasih... Sudi-sudilah tinggalkan komen kome kat sini ye... Terima kasih...