Thursday, October 6, 2011

Logo Halal


Logo halal... masih lagi menjadi isu dan tiada kesudahannya... mengikut akhbar Utusan Malaysia bertarikh 29 September 2011, hanya logo halal JAKIM sahaja yang diiktiraf. 

Akta Perihal Dagangan 2011 dan Persijilan Halal yang telah diluluskan oleh Parlimen pada 11 Julai 2011 yang lepas sehingga 1 Januari 2012 hanya akan berkuatkuasa pada 1 Januari 2012. Oleh itu, kita sebagai umat Islam dan sebagai penguna harus bertindak bijak dalam memilih barangan halal dan melaporkan kepada pihak berwajib jika terdapat kekeliruan.

Ini adalah sebahagian daripada barangan yang berada dipasaran mengunakan logo halal dari JAKIM.



Bagaimana pun terdapat juga pengilang atau syarikat yang sama mengunakan logo halal yang di iktiraf JAKIM dan logo halal yang tidak di iktiraf oleh JAKIM terhadap produk keluaran mereka.


Selepas 1 Januari 2012, sepatutnya semua logo halal akan hanya mengunakan satu lago sahaja sebagaimana yang di iktiraf oleh pihak JAKIM. Pihak-pihak yang menyalah gunakan logo halal JAKIM akan di dakwa di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 dan Persijilan Halal yang telah diluluskan itu.

No comments :

Post a Comment

Ada robot tak??? Setiap komen yang di tinggalkan disini akan di kunjung balas ke blog tuan-tuan sebagai tanda terima kasih... Sudi-sudilah tinggalkan komen kome kat sini ye... Terima kasih...