Sunday, September 30, 2012

Kuliah : Soal kahwin

Saturday, September 29, 2012

Kuliah : Sujud

Friday, September 28, 2012

Hotel Review - Puteri Pacific Hotel, Johor Bharu

Hotel di Johor Bharu. Kali ini teman memberi review Puteri Pacific Hotel yang terletak di bandar Johor Bharu. Klik disini untuk maklumat lanjut berkenaan Puteri Pacific Hotel.

Klik disini untuk membaca entry Bluewave Hotel, Johor Bharu.

Nie kali kedua teman drive ke Johor Bharu. Tapi, kali nie adalah untuk business trib untuk menghadiri masyuarat bersama rakan taulan di selatan tanah air sempena SMEBizs Fest 2012. Disebabkan urusan kerja dan di hari bekerja pulak tu, teman drive seorang la ke sini bertemankan pakcik GPS sebagai pemandu arah.

Alhamdulillah, teman selamat sampai kesini walaupun berpusing-pusing teman dibuatnya. Untuk kali ini, teman menginap di The Puteri Pacific, Johor Bharu.




Disebabkan teman sampai agak awal, so masanya memang tepat untuk mengisi perut yang dah lapar nie. Parking kereta kat basement hotel dan terus jalan kaki untuk meronda kawasan sekitar mencari kedai makan.


Lepas makan tengahari terus check in, masuk bilik dan tidur dulu. Maklum la, letih dan mengantuk. Kali nie, teman ambil deluxe room (twin sharing). Rate untuk semalaman mengunakan corporate rate RM220.00 semalaman.



Tapi, sebelum tido tu... check bilik... buat apa yang patut untuk entry hotel review... So, inilah bilik teman untuk malam nie...

Nie biliknya, twin sharing... kemas, selesa dan luas. Katilnya pun besar.









Nie pulak kabinet TV. Memang lama dah tak jumpa kabinet TV macam nie. Siaran TV nya tak berapa bagus sangat. Nasib baik la ada ASTRO. Cuma gambarnya agak kabur sedikit. Bilik twin sharing ini juga turut dilengkapi dengan meja tulis dan dua kerusi sofa.







Turut dilengkapi dengan meja tulis. Sekurang-kurangnya, boleh la jadi work station untuk check email. Access internet pun ada.



Nie teman saja buat photoshoot sket, tapi tak berapa nak menjadi... subjeknya adalah kertas nota dan sebatang pen.



Lagi gambar-gambar dalam bilik Twin Sharing di Puteri Pacific Hotel, Johor Bharu nie...




Turut di lengkapi dengan peti keselamatan dan peti sejuk...




Nie bilik mandinya... masih mengekal seni binaan asalnya... tilenya mengunakan jubin marmar...






Ada antara perabotnya sudah agak usang dan peralatan untuk meletakkan kad access di pintu bagi mengaktifkan bekalan elektrik juga ada yang rosak. Mujur lah, bekalan elektrik di bilik tidak menghadapi masalah. Mungkin pihak pengurusan hotel telah membuat modifikasi untuk bypass switch card access tersebut. Apa pun, sebelum keluar bilik tu kenalah off kan lampu tu dulu sebelum keluar.

Tak percaya... Tengok la gambar kat bawah nie... Walau pun kad access tak dilatak kan kat dalam tempat switch kat dinding tu, lampu tetap boleh menyala, TV pun masih ON lagi...




Sofanya pun sudah agak usang... Tak percaya... tengok la sendiri...





Pandangan dari luar jendela dari bilik hotel...





Setiap hotel mesti ada plan kecemasannya... Plan nie ada di sebalik pintu keluar dari bilik...




Kebiasaan hotel mesti ada kolam renang... kat sini, kolam renangnya pun agak besar juga... tapi apa kan daya, teman tak berpeluang nak berendam... :)




Nie rest area kat tepi kolam renang...


Breakfast, ada menu asian dan western. Menunya tak berapa banyak sangat, biasa-biasa je macam nasi lemak, bihun goreng, roti canai, tosei, hot dog, baked bean, bubur nasi... Nak kata special tu, rasanya tak ada laa sangat. Tapi kira OK laa dari cari kedai kat luar sana untuk breakfast.




Satu kelainan dari hotel-hotel lain yang teman pernah pegi... di cafe nie, setiap meja ada bowl perhiasan yang dimasukkan bunga segar yang di rendam didalam air. Dalam air tu pulak ada ikan Pelaga. Teman suka decoration nie, sambil breakfast boleh tengok ikan pelaga nie berenang-berenang.


Untuk pengetahuan, terdapat jambatan yang menghubungkan diantara Puteri Pacific Hotel dan juga Persada Convensyen Centre. Amat mudah sekali jika anda mempunyai urusan di Persada Convensyen Centre, tidak perlu untuk memandu. Cuma perlu berjalan kaki sahaja.

Nie teman sharekan koordinatenya di bawah;

1.463506,103.760874

Seperti entry Hotel Review yang lain, teman pasti memberi markah atau penilaian keatas apa yang ditawarkan oleh hotel ini.


Bilik
Kemudahan (didalam bilik)
Khidmat Pelanggan (kaunter)
Makanan (sarapan)
Kepuasan Menginap Keseluruhan





Thursday, September 27, 2012

Petua : Untuk roti tahan lama

Hari nie, teman nak sharekan satu petua macam mana nak bagi roti tahan lebih lama. Kebiasaannya, setelah beberapa lama roti yang disimpan akan ditumbuhi kulat.



Untuk menjadikan roti segar dan tahan lebih lama. Cara yang paling mudah ialah dengan meletakkan sedikit daun saderi di sebelahnya.


Tuesday, September 25, 2012

Nie kereta sapa???

Nie first time teman check in kat Tesco Kota Bharu. Masa on the way nak masuk dari parking lot tu, teman terpandang la kereta nie. Ape ke hei la drebar keta nie parking kat sini. Di parking dengan penuh bergaya betul-betul di hadapan pintu masuk Tesco. Tempat nie memang dilarang parking. Siap ada garisan jalur kuning disitu. Pada hal, ruang untuk parking berlambak... kosong...

Ambik ko nie plat ketanya DCA 449



Mungkinkah pemandu ini tak belajar masa ambik lesen memandu hari? Atau mungkin kah pemandu ini memang tak ada lesen atau mungkin saja-saja buat tak reti.

Apa yang teman pasti pemandu ini memang seorang yang penting dirinya sendiri dan tak peduli orang tentang orang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...