Tuesday, November 5, 2013

Hotel review : Primula Beach Hotel

Primula Beach Hotel adalah di antara hotel yang terdapat di Kuala Terengganu. Ini adalah trip bercuti pertama bersama family ke Kuala Terengganu dan menginap di Primula Beach Resort. Setelah menempuh hampir 450KM perjalanan dari Saujana Utama Sungai Buluh ke Primula Beach Hotel, Kuala Terengganu, akhirnya kami tiba ke destinasi hampir pukul 7 malam. Kami bertolak Saujana Utama pada pukul 12.00 tengahari setelah selesai makan tengahari. Ye la, sebelum jalan jauh, kena lah isi perut dulu. Baru perjalanan lancar. Perjalanan melalui lebuh raya karak, agak perlahan dan terhenti di beberapa lokasi. Tetapi, alhamdulillah setelah melepasi tol terakhir lebuh raya karak, perjalanan kembali lancar apabila memasuki lebuhraya pantai timur. Dengan kelajuan cruise 150KM sejam dari Karak hingga Kuantan hanya mengambil masa lebih kurang dua jam sahaja. Setelah berhenti untuk solat di R&R kami meneruskan perjalanan melalui laluan di tepi pantai. Seronok juga apabila melihat suasana ditepi laut nie. Tapi apakan daya, teman perlu memberi 100% tumpuan di atas jalanraya. So, tak boleh sangat nak menikmati keindahan disepanjang laluan nie. Dari Kuantan ke Kuala Terengganu perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam setengah. Boleh dikatakan hampir sepanjang perjalanan dari Kuantan ke Kuala Terengganu, kita di hamparkan dengan kebiruan Laut Cina Selatan.

Kami tiba di sekitar Marang hampir pukul 6.30 petang. Disebabkan perjalanan yang jauh, teman membuat keputusan untuk berhenti untuk makan malam di situ. Di sini, tak susah sangat nak cari tempat makan. Banyak kedai makan sepanjang jalan dari Marang ke Kuala Terengganu. Lupa pulak teman nama kedai makan yang teman singgah hari tu. Tapi, jarak tempat tu ke  Kuala Terengganu hanya lah 15KM saja.

Kedai di Marang

Tak susah nak cari kedai nie. Kedai nie kat tepi jalan jer. Lagi pun banyak kedai kat sini. Menunya pun lebih kurang sama saja. Kat Terengganu nie, makanan yang popular kan ikan celup tepung. Selain ikan, ada juga sotong dan ketam yang di goreng dengan tepung. Macam pisang goreng tu. Nie bahagian belakang kedai tu. Bahagian belakang kedai tu mengadap Laut Cina Selatan. Tu yang seronok lepak-lepak sambik tengok laut. Cuaca pulak berangin. Memang best la.

Udang Celup Tepung

Sementara tunggu makan malam siap, teman belasah dulu udang celup tepung sepinggan sambil melayan buah hati penggarang jantung papa nie. Tengok la tu, style dia...

Si Buah Hati

Its diner time

Selepas makan, terus ke Kuala Terengganu untuk check in di Primula Beach Hotel. Kereta boleh je parking di basement tu. Urusan late check in nie tak menunggu lama sangat. Maklum la orang pun tak ramai kat kaunter pendaftaran tu. Selepas urusan check in, terus naik ke bilik.


Primula Beach Resort

Primula Beach Resort

Primula Beach Resort

Check in kali ini, teman di beri bilik no 1108. Bilik mengadap Laut Cina Selatan... Memang best... Bila kena angin laut nie, memang terasa sangat release segala apa yang terbeban di kepala otak tu...


Primula Beach Resort

Ok, jom tengok macam mana keadaan biliknya... Biliknya sederhana besar je... Cukup la untuk kami tiga beranak nie...


Primula Beach Resort

Primula Beach Resort

Bilik tersusun rapi, kemas. Katilnya pun besar, king saiz... memang best tidur kalau dapat katil besar macam nie... Depan katil, ada ditersangkut di dinding TV LCD. Siaran TV biasa je. Tiada ASTRO. So, boring la sket...


Primula Beach Resort

Di bucu bilik, ada tersusun set meja kecil berhampiran tingkap. Sambil menulis tu, boleh la tengok view di luar tu...


Primula Beach Resort

First time teman jumpa penunjuk arah kiblat macam nie di bilik hotel... Cantik... Lagi pun Terengganu memang terkenal dengan hasil kraft tangan. Baik dari textile seperti batik hinggalah hasil barangan seni seperti tembaga. Semuanya boleh di temui di Terengganu nie.


Penunjuk arah kiblat

Nie pula adalah bilik mandinya. Nampak bersih dan kemas... Yang penting ada bath tab... boleh berendam dengan air suam... Selesa sangat nak mandi...


Primula Beach Resort

Primula Beach Resort

Meh tengok view dari jendela pulak... Dah namanya check in malam, nak ambil gambar macam mana... kat luar tu gelap gelita jer... So, gambar nie teman ambil waktu pagi... Selepas solat subuh gitu...


Primula Beach Resort

Langit nampak macam mendung lagi, berawan... adakah itu tanda-tanda hari nak hujan... mmm...

Primula Beach Resort

Pantainya luas terbentang... tak rugi teman bawak sekali layang-layang untuk di terbangkan kat pantai nie... Lagipun, selalunya pantai di Laut Cina Selatan, anginnya kuat... Tak susahlah kalau nak terbangkan layang-layang nie... 

Kalau kome nak tau, apa yang menarik di pantai timur nie yang tiada di pantai barat... Di pantai timur nie kome boleh tengok matahari terbit... itu lah yang best sangat... kikikikiki... teruja nak bangun awal pagi tengok matahari terbit sambil breakfast... tak ada rezeki nampaknya... keadaan awal pagi yang penuh berawan... Matahari hanya muncul dalam pukul 7.45 pagi gitu... dah tinggi dah... Alhamdulillah, hari dah cerah...


Matahari

Ok, jom pegi breakfast di Bayu Restauran. Actually, masa booking hari tu memang teman dah includekan sekali breakfast. So, tak perlu susah-susah keluar cari tempat nak breakfast...

So, untuk test taste pagi nie, teman mulakan dulu dengan signiture menu negeri Terengganu nie... Nasi Dagang... Well, tidak mengecewakan... Memang terbaik dari ladang...

Primula Beach Resort - Bayu Restauran

Nasi Dagang

Selesai breakfast, we all ambil masa untuk bersantai-santai di tepi pantai sambil menghirup udara segar. Ombak disini agak ganas. Memang merbahaya untuk mandi-manda di tepi pantai. Petang nanti boleh lah terbangkan layang-layang yang lama terperap di dalam cabinet tu...


Primula Beach Hotel

Primula Beach Hotel

Apa pun, pantainya agak mendatar dan luas. Amat sesuai untuk membuat aktiviti-aktiviti di pantai.

Primula Beach Hotel

Primula Beach Hotel

Primula Beach Hotel

Primula Beach Hotel

Selepas puas bersantai di pantai, Aisar ajak mandi kolam dulu. Kena naik atas semula la nak tukar baju swimming sut pulak. Kolam disini menarik jugak designnya. Sesuai sangat untuk luangkan masa dengan anak-anak.


Primula Beach Resort

Primula Beach Resort


Petang-petang nanti boleh la terbangkan layang-layang yang lama dah terperuk dalam kabinet tu. Angin pun kuat. Jadi tak susah la nak terbang layang-layang tu. Seronok menginap di Primula Beach Resort nie. Banyak aktiviti boleh di buat bersama family.

Ok, macam biasa, teman akan kongsikan rating teman untuk Primula Beach Resort nie, rating maksimum dari  5 bintang. Insya Allah, kalau ada kesempatan teman akan menginap lagi di sini.



Khidmat Pelanggan

Keadaan bilik penginapan

Kemudahan yang di sediakan oleh pihak hotel

Makanan (sarapan)

Kepuasan Menginap Keseluruhan


No comments :

Post a Comment

Ada robot tak??? Setiap komen yang di tinggalkan disini akan di kunjung balas ke blog tuan-tuan sebagai tanda terima kasih... Sudi-sudilah tinggalkan komen kome kat sini ye... Terima kasih...