Monday, June 30, 2014

Movie Review : Transformers - End of Extinction

Dah pegi menonton Transformer End of Extinction tak? Minggu lepas, teman ada dapat beberapa jemputan dari Carrier partner dan satu jemputan dari boss yang belanja staffnya untuk menonton movie nie. Tapi, satu pun teman tak dapat pegi. Transformer End of Extinction nie mula di tayangkan pada 26 Jun hari tu. Teman, 25 Jun hari tu dah start bercuti. Cuti duduk rumah jer, bukan ke mana pun. Actually,  25 Jun hari tu Aisar ada trip tadika nya ke Planetarium Negara dan Muzium Islam. Itu sebabnya teman bercuti untuk menghantar dan ambil Aisar.


Gambar ehsan Google.

Ok, back to entry. Nie sepatutnya entry kedua teman pasal movie review, tapi first entry untuk movie review nie masih terperosok kat dalam draft. So, biar dulu la. Mood nak menulis pasal movie tu tak dek sekarang nie.

Untuk filem Transformers nie, bermula dari sequel pertama sampai lah yang terbaru teman menontonnya di pawagam. Kesemuanya teman menonton bersama family tersayang. Teman booking tiket untuk movie 3 dimensi (3D), baru best sket. Kali ini teman menonton di panggung GSC Setia City Mall. Teman booking tiket secara online pada hari Khamis. Lepas tu terus collect di kaunter. Kalau nak menonton baru beli tiket,  memang tak dapat la sebab tiket tayangannya cepat habis.

Transformer End of Extinction

Teman kongsi kan beberapa tayangan promo yang teman download dari apps Nokia Trailers. Filem ini mengambil masa 165 minit tayangan mengisahkan sambungan pertarungan di antara Autobots yang diketuai oleh Optimus Prime dan Decepticon yang di ketuai oleh Megatron. Ini merupakan filem Transformers yang ke empat yang diarahkan oleh Michele Bay.



Dalam sequel yang lepas Megatron telah berjaya dimusnahkan, dan End of Extinction ini merupakan sambungan dari sequel yang lepas. Tapi melalui sequel End of Extinction, sambungannya agak goyang sedikit di mana Optimus Prime juga turut ditewaskan dan Autobots menjadi buruan oleh Black Ops team yang di dalangi oleh Lockdown.

Transformer End of Extinction

Transformers - End of Extinction

Lockdown ini merupakan robot dari Cybertron iaitu dari planet asal Transformers nie. Kumpulan Black Ops ini telah bekerjasama dengan firma robotic iaitu Kinetic Solution Incorporation (KSI) untuk menghasilkan generasi robot baru yang telah dinaik taraf untuk membantu manusia. KSI telah membangunkan teknologi robotic dengan mengambil data yang di download dari database Megatron.

Transformer End of Extinction

Transformer End of Extinction


Di sinilah bermulanya bagaimana Megatron berjaya memanipulasikan manusia untuk kesinambungan dan kewujudan semula Megatron baru yang dikenali sebagai Galvatron yang telah dinaik taraf dan bermulalah peperangan di antara Autobots dan Decepticon.

Transformer End of Extinction

Agak kurang berkesan juga filem Transformer yang terbaru ini, sebab pasukan pertahanan bumi langsung tidak terlibat dalam peperangan di bumi di mana melibatkan banyak kemusnahan dan kerosakan bangunan. Tidak seperti filem sebelum ini di mana pasukan pertahanan bumi akan bekerjasama dengan Autobots untuk memerangi Decepticon.

Transformers - End of Extinction

Dalam End of Extinction kali ini dipertontonkan dengan kemunculan Dinobots (Transformers dalam bentuk dinosor) dan kumpulan robot dinosor ini pun tidak lah jinak dan mereka hanya bertindak jika mereka diancam. Kalau mengikut Dinobots dalam siri kartun, robot dinosor ini boleh bertukar menjadi robot dan mereka boleh bergabung untuk menjadi robot yang besar. Tapi ini tidak terjadi dalam filem kali ini. Mungkin, filem Transformers yang akan datang kita akan dapat menyaksikan kumpulan Dinobots ini bergabung dan menjadi robot yang besar. Apa pun, nntuk mengetahui filem ini lebih lanjut, saksi lah sendiri di pawagam berhampiran. Lagi best kalau kome menonton dalam version 3 dimensi (3D) sebab boleh merasai betapa gayatnya berada di bangunan tinggi seolah-olah diri kita berada disitu.

Secara keseluruhannya Transformers - End of Extinction nie best, penuh dengan aksi dan ada juga terselit aksi lucu seperti dalam cerita Mr. Bean. Next time, kalau ada filem Transformer terbaru, pasti teman ke panggung untuk menontonnya.

Saturday, June 28, 2014

Kuliah : Niat puasa Ramadhan

Niat puasa

Thursday, June 26, 2014

Petua : Untuk melangsingkan badan selepas bersalin

Seronok tengok ramai kawan-kawan mengandung. Tak lama lagi bersalin lah tu. Staff teman masing-masing mengambil giliran untuk bersalin. Teman nie tak boleh mengandung. Maklumlah, teman nie kan lelaki. Buat masa ini, teman dan isteri masih lagi tiada rezeki. Aisar masih lagi keseorangan, tiada adik-adik untuk bermain bersama. Apa pun. kome doa-doa lah untuk teman yer...

Ibu dan anak


Ok, entry teman malam nie untuk berkongsi petua untuk melangsingkan badan selepas bersalin. Biasanya, wanita nie selepas bersalin badan cepat naik. Itu yang ramai dok berdiet sakan dan siap ada program "ber zomba". Ok lah, tak nak cerita panjang, kita terus pada petua untuk melangsingkan badan nie.

Gambar ehsan Google.

Kome perlu dapatkan bahan nie;
(di tumbuk sehingga lumat)
  • 5 halia bara (halia cina)
  • 10 biji lada hitam
  • 30 ekor ikan bilis

  • Limau nipis

Bahan-bahan ini hendaklah di tumbuk sehingga lumat dan kemudian perahkan air limau nipis. Makan bersama nasi panas pagi dan malam setiap hari sewaktu dalam pantang.

Apa macam? Mencabarkan petua nie. Macam teman selalu cakap, "hanya mereka yang bersemangat kental sahaja boleh melaluinya". Ok, untuk ibu-ibu dan bakal ibu, selamat berpantang, dan teman doakan semoga kome menjadi ibu yang terbaik untuk anak kome tu.

Petua : Untuk menghilangkan ketagih rokok

Merokok hukumnya haram disisi Islam. Tetapi masih ramai lagi yang tidak mengindahkan hukum Islam ini. Selain ianya membahayakan kesihatan diri, merokok juga turut membahayakan kesihatan mereka yang di sekeliling yang tidak meroko, tetapi terpaksa menghirup udara yang dicemari dengan asap rokok itu.

Gambar ehsan Google.

Satu petua yang dapat teman kongsikan disini untuk mereka yang menghisap rokok ialah cubalah melengah-lengahkan tidak balas ke atas keinginan untuk merokok itu, seperti melambat-lambatkan untuk mencari rokok. Sekiranya rokok berada di tangan, janganlah dinyalakan terus. Cuba lah untuk melengah-lengahkannya.

Hanya mereka yang bersemnagat kental sahaja mampu mengatasi ketagihan rokok ini. Ok, Selamat mencuba dan teman doakan semoga kome berjaya berhenti merokok.

Petua : Untuk merawat penyakit kurap

Kurap? Ada masalah kurap pada tubuh? Biasanya penyakit kurap ini berpunca di sebabkan tidak menjaga kebersihan diri. Lebih bahaya lagi, penyakit kurap ini mudah berjangkit melalui perkongsian pakaian dan sebagai. Pesakit kurap akan mengalami kegatalan pada kulit dan jika ianya tidak dirawat, iakan merebak kebahagian lain tubuh. Penyakit kurap ini sangat mudah merebak. Oleh itu pesakit perlu mendapat rawatan secepat mungkin.

Gambar ehsan Google.

Disini teman ingin berkongsi satu petua orang lama untuk merawat masalah kurap ini. Bahan yang diperlukan adalah seperti berikut;
  • Bayam hijau (sekadar yang diperlukan sahaja)
  • Kapur sirih (sedikit)
Caranya ialah dengan menumbuk sayur bayam hijau ini sehingga lumat. Kemudian di campurkan pula dengan sedikit kapur sirih. Setelah itu, sapukan pada kulit yang bermasalah itu. Biarkan sehingga kering. Amalkan setiap hari sehingga penyakit kurap itu sembuh.

Petua : Ubati cekam kuku

Pernah tak kena cekam kuku? Apa benda cekam kuku tu? Masa sekolah dulu pernah juga teman dengar benda nie. Tapi, tak pernah pulak teman tahu apa benda cekam kuku tu. Cekam kuku nie biasanya kena pada bahagian kuku kaki. Ianya terjadi kuku tidak tumbuh dengan baik. Cekam kuku juga boleh terjadi jika kuku tidak di potong dengan baik.

Gambar ehsan Google.


Kuku yang terkena cekam boleh mendatangkan akibat yang lebih buruk jika diabaikan dan tidak dirawat. Malam nie teman nak kongsikan satu petua yang boleh dicuba. Bahan yang di perlukan ialah ;


Gambar ehsan Google.
  • Beras pulut (sekadar cukup untuk rawatan di tempat bermasalah)
  • Ibu kunyit (sekadar cukup untuk rawatan di tempat bermasalah)
Gambar ehsan Google.

Caranya, kedua-dua bahan diatas hendaklah tumbuk sehingga lumat. Setelah itu, tempek dibahagian kuku yang terkena cekam. Petua ini hendaklah dipraktikkan setiap hari, sekurang-kurangnya untuk seminggu untuk mendapatkan hasil yang baik.

Monday, June 23, 2014

Wordless : Tanjong Harapan, Klang


Tanjong Harapan, Klang

Tanjong Harapan, Klang

Tanjong Harapan, Klang

Sunday, June 22, 2014

Kuliah : Sedekahkanlah surah Al-Fatihah kepada kedua ibu bapa mu

Saturday, June 21, 2014

Kuliah : Pembahagian 13 rukun solat

Untuk perkongsian kita bersama.


Thursday, June 19, 2014

Petua : Untuk menyegarkan kabinet dapur

Biasanya, bila seseorang tu membeli rumah perkara yang kedua yang difikirkan ialah kabinet dapur. Betul tak? Kabinet dapur macam mana yang kita impikan, budget untuk kabinet dapur, warna dan macam-macam lagi la. Bila kabinet dapur tuh dah siap dan dah digunakan, timbul pulak masalah bau dan mungkin juga kedatangan makhluk kecil bernama lipas. Macam mana nak atasi masalah nie.

Untuk bau, boleh juga kita guna air fresher. Bagaimana pula dengan lipas? Ok, cara yang mudah dah menjimatkan duit, boleh cuba petua nie.

Gambar ehsan Google.

Caranya mudah saja. Ambil beberapa helai daun pandan yang sederhana tua dan kemudian di kerat lebih kurang tiga sentimeter panjang. Kemudian, letakkannya di dalam kabinet dapur. Tukar daun pandan dengan daun pandan yang baru setiap tiga hari.

Hasilnya, kita akan mendapat kesegaran dan haruman daun pandan pada kabinet kita dan dalam masa yang sama lipas pun tiada lagi.

Ok, Selamat mencuba ye.

Petua : Menghilangkan pahit pucuk betik

Pucuk betik nie banyak khasiatnya. Boleh dibuat ulam dan juga di masak. Teman pun suka juga kalau dapat makan sayur-sayur kampung macam nie. Tapi rasanya pahit sedikit. Bila dah pahit macam, mesti ramai yang tak berapa nak gemar makan pucuk betik nie kan... :d

Gambar ehsan Google.


Teman kongsikan disini satu petua macam mana nak hilangkan pahit pucuk betik nie. Senang jer, bukannya susah pun. Biasanya kalau nak masak pucuk betik nie, perlu di rebus terlebih dahulu kan? Ok, semasa hendak merebus pucuk betik nie, kome masukkan sekali beberapa helai daun jambu batu dan rebuslah seperti biasa.


Gambar ehsan Google.

Senang kan. Kalau nak membaca khasiat pucuk betik untuk menurunkan darah tinggi, klik disini ye.

Petua : Memasak peria supaya tidak terlalu pahit

Buah peria nie memanglah pahit, tapi ianya banyak khasiat untuk kesihatan. Siapa suka makan peria? Sebab itulah ada sesetengah orang tidak gemar makan peria. Peria merupakan salah satu makanan yang juga mengandungi gizi yang baik. Supaya tidak terlalu pahit, kome boleh cuba petua yang teman kongsikan disini.


Gambar ehsan Google.


Cara pertama;
Belah peria menjadi dua bahagian. Buangkan selaput putih yang ada di dalamnya. Kemudian, hiris nipis-nipis dan gaulkan hirisan peria ini bersama garam sehingga sebati dan biarkan sebentar. Selepas itu bolehlah dicuci dengan air suam sebelum dimasak seperti biasa.

Cara kedua;
Peria hendaklah dibersihkan seperti cara pertama di atas dan hiris nipis-nipis. Hirisan peria ini kemudian di campur bersama gula pasir dan garam. Ramas dan gaul sehingga rata. Biarkan peria tersebut sehingga mengeluarkan air. Kemudian cuci sehingga bersih dan masaklah seperti biasa.

Ok, selamat mencuba ye.

Petua : Masak telur ikan supaya tidak mudah hancur

Siapa suka makan telur ikan? Sila angkat tangan ye... Telur ikan nie, boleh di pelbagaikan masakkannya. Tapi yang paling teman gemar, bila telur ikan nie di masak asam pedas. Teman suka telur ika terubuk saja. Asam pedas kan favourite teman :d Kali nie teman nak kongsikan satu petua macam mana nak masak telur ikan nie supaya tidak mudah hancur.


Gambar ehsan blogger cikmot

Ok, macam nie caranya. Telur ikan tu sebelum di masak, basuh bersih-bersih. Jangan guna sabun pulak. Cukup sekadar membersihkannya dengan mengunakan air saja. Lepas tu, rendamkan telur ikan nie di dalam air kapur selama 10 minit, kemudian bilas dengan air bersih dan rebus seketika sebelum dimasak.

Hasilnya, telur ikan ini tidak mudah hancur dan rasanya lebih sedap. Cuba lah try test tengok :d

Wordless : 19 June, 2014

Good morning to all. Harapan teman di pagi khamis nie segala urusan berjalan dengan lancarnya.


Monday, June 16, 2014

Nuffnang - BE from U Mobile

Pre-paid U Mobile. Ini adalah BE pertama dari Nuffnang bagi bulan June, 2014. So, teman nak buat review sket pasal pre-paid service dari U Mobile nie. Actually, bukanlah penguna pre-paid dari mana-mana mobile service provider nie dan teman tak pernah langsung guna pre-paid. Sejak guna hand phone lagi, teman hanya guna satu nombor saja dari satu provider saja iaitu Celcom.


 Berbalik pada tajuk entry, U Mobile pre paid ni. Pada pendapat teman, penguna pre-paid terutamanya penguna U Mobile nie sangat bertuah. Bukannya apa, kalau kome top up katakanlah dalam RM30 atau RM50 bukannya setakat dapat kredit panggilan dan data internet, malah dapat sekali dengan minuman dan makanan.



Walau nampak ianya sedikit, tetapi at least ada juga service provider yang appreciate kita sebagai pelanggannya. Yang bestnya lagi, pelanggan U Mobile nie boleh dapat free data roaming untuk ke negara-negara Asia. Bestnya la. Teman yang dah menjadi penguna setia Celcom nie pun tak pernah dapat appreciation dari Celcom sampai macam nie.


 Macam-macam faedah yang U Mobile tawarkan untuk pelanggan mereka. Kalau bertuah, pengguna U Mobile bukan saja dapat kredit panggilan dan data internet tetapi boleh dapat hand phone baru dan juga voucher melancong juga. Beruntungnya la penguna U Mobile nie.


Teman nie yang begitu setia dengan Celcom, dah lebih dari 10 tahun guna service Celcom pun tak pernah dapat layanan sampai macam nie sekali.

Bertuah sangat penguna pre-paid sekarang nie.

Sunday, June 15, 2014

Kuliah : Selawat Syifa

Hari nie teman kongsikan "Selawat Syifa" untuk manfaat bersama.


Saturday, June 14, 2014

Kuliah : Sesungguhnya Allah s.w.t menyembunyikan 4 perkara dalam 4 keadaan

Friday, June 13, 2014

Personal folder outlook error

Masalah Personal Folder Outlook error. Teman pasti ramai sekarang nie guna email dalam urusan kerja harian. Ada pelbagai perisian atau software email yang boleh digunakan. Yang paling popular ialah Microsoft Outlook. Teman pun guna Outlook untuk email kerja. Mudah dan senang untuk mengurus email seharian. Biasanya inbox atau mail box ada had limitnya tersendiri. Biasanya kapasiti email nie ditetapkan oleh pihak IT sesebuah organisasi dan kita boleh setkan sama ada nak biarkan email tersebut di server atau didalam hard disk komputer.

Bagi teman, lagi mudah teman setkan email tersebut di server. Bukan apa, jika teman setkan didalam hard disk, semua email yang telah didownloadkan kedalam hard disk komputer tidak boleh diaccess semula dari devise lain seperti handphone, Ipad atau Galaxy Tab. Email tersebut akan teman pindah dari inbox server ke hard disk secara manual. Biasanya, teman akan create Personal Folder (*.pst) kat dalam hard disk untuk mudah menguruskan email yang berlambak tu.

Ok, back to entry subject. Pernah tak kome ada masalah dengan Personal Folder (*.pst) nie. Teman ada sesekali personal folder tu tak dapat di access. Ada error la... macam-macam la...

Ok nak settle kan problem nie, apa yang perlu kome buat ialah diconnect atau close personal folder tu dari attached ke Microsoft Outlook. Lepas itu, close Microsoft Outlook.

Kemudian, kome search scanpst di drive C:/ hard disk komputer kome tu.


Kome akan dapat hasil carian scanpst dibawah nie.


Kemudian run program scanpst tu. Masukkan personal folder yang bermasalah tu dan terus klik start untuk diagnose error tu.



Run scanpst nie sampai complete. Bila scanpst selesai diagnose file *.pst tu, ia akan berikan report berkenaan error tu.


Lepas tu klik je repair. Tunggu sehingga selesai. Bila repair dah complete, close scanpst tu, dan run Microsoft Outlook. Attached personal folder tu semula ke Outlook.

Taraaaa.... dah settel pun problem tu. Senangkan. Mudah je... Klik dan tunggu, lepas tu klik lagi dan tunggu lagi sehingga selesai. Yang penting ada ilmu. Ilmu itu berguna apa kita manfaatkan ia dengan berkongsi ilmu dengan orang lain.

Thursday, June 12, 2014

Petua : Mengatasi masalah kuning (Jaundice) pada bayi

Ada masalah kuning (Jaundice) pada bayi yang baru lahir? Hari tu, anak saudara teman yang baru lahir tu pun ada masalah kuning atau jaundice nie. Hampir 2 minggu juga lah ayah dan ibunya dok berulang ke hospital untuk mendapatkan rawatan.



Gambar ehsan Google.

Sebagai pilihan alternatif, teman nak kongsikan satu petua orang lama untuk mengatasi masalah nie.


Gambar ehsan Google.

Caranya agak mudah, cuma perlu dapatkan daun kucai dalam seikat dua gitu. Masukkan kedalam besen kecil berisi air dan ramas-ramas sehingga hancur. Setelah itu, tapis air kucai tersebut. Gunakan air tapisan tersebut sewaktu memandikan bayi. Lakukan berulang kali untuk mendapatkan hasil yang berkesan.

Selamat mencuba!

Petua : Untuk mencuci tudung dari bahan polyster

Ada masalah nak mencuci tudung? Sekarang nie tudung menjadi trend semasa. Macam-macam fesyen tudung boleh ditemui di pasaran. Ada yang murah dan ada juga yang mahal sehingga ribuan ringgit. Begitu juga dengan jenama dan nama tudung itu sendiri. Ada macam-macam nama tudung dipasaran. Tudung macam nama ikan pun ada :d iaitu tudung bawal. Ok lah, jauh dah teman melalut nie.

Gambar ehsan Google.


Ok, back to subject. Macam mana nak cuci tudung yang diperbuat dari bahan polyster. Ok, mudah saja. Tak payah guna mesin basuh pun. Mula-mula rendam tudung itu didalam air bersih yang dicampurkan dengan bahan pencuci. Rendam sekurang-kurangnya 15 minit. Setelah itu dikocak-kocakkan tudung tersebut, angkat dan bilas dengan air bersih. Lepas dibilas dengan air bersih, boleh juga kalau nak direndam seketika dengan bahan pelembut kain seperti softlan. Tak payah perah kuat-kuat sangat. Nanti rosak pulak tudung tu.

Kemudian, boleh dijemur seperti biasa.

Petua : Untuk mengatasi masalah senggugut

Senggugut. Petua kali ini khas untuk golongan wanita. Sesetengah wanita yang didatangi haid akan merasa sakit dibahagian perut dan peranakkan. Inilah yang dinamakan senggugut. Maaf, teman tak dapat nak imagine macam mana sakit senggugut tu. Apa yang pasti senggugut nie memberi ketidak selesaan kepada golongan wanita dan ia memberi kesan terhadap kegiatan seharian.

Senggugut

Gambar ehsan Google.

Sebagai perkongsian, teman nak kongsikan satu petua lama yang terbaca dalam sebuah majalah semasa berada di klinik hari tu. Petuanya macam nie.

Limau nipis
Gambar ehsan Google.

Ambil 7 biji limau nipis dan diperah untuk mendapatkan airnya. Campurkan dengan segenggam beras dan kemudian di embunkan semalaman.

Minum air tersebut sebelum sarapan selama 3 hari berturut-turut.

Wednesday, June 11, 2014

Wordless : Udang galah gergasi

Saja nak share statue Udang Galah gergasi nie untuk tatapan kome...


Udang Galah gergasi

Udang Galah gergasi

Tuesday, June 10, 2014

Kacang Pool Haji

Orang kata, kalau pegi Johor tak sah kalau tak makan kacang pool. So, mengigih la teman mencari, meng Google bagai mencari lokasi kedai Kacang Pool nie. Nasib baik ada Waze, kalau tak berlangsat la jawabnya sesat merata ceruk mencari kedai Kacang Pool Haji nie. Sanggup tak lunch semata-mata nak makan Kacang Pool Haji.

Sebelum check in kat Lotus Desaru Resort and Spa di Kota Tinggi, teman singgah dulu kat Kacang Pool Haji di Larkin. Nampak tak, berapa jauhnya tersasar dari laluan asal dari Shah Alam nak ke Kota Tinggi nie. Kalau ikut distant Google maps, jarak dari Lotus Desaru ke Kacang Pool Haji di Larkin nie sejauh 73km (lebih kurang sejam lebih drive). Kenapa sanggup drive jauh-jauh. Berbaloi kah? well... tepuk dada tanya selera... kalau nak mencuba Apa salahnya kan...๐Ÿ˜† kalau tak pegi, bila lagi nak rasa Kacang Pool Haji nie.

Kalau bab makan nie, teman tak kisah sangat. Sekurang-kurangnya kena sekali mencuba. Kenapa perlu cari Kacang Pool Haji nie sehingga ke Larkin. Sebabnya kat sini la kedai asal Pak Haji nie. Kedai Pool Haji nie terletak di Medan Selera Bomba Larkin. Teman kongsikan koordinate GPS kat bawah nie...

1.485763, 103.749965

Selain Kacang Pool, ada juga di jual tauhu bakar, mee rebus. Untuk try makan-makan di gerai Haji nie, teman order tauhu bakar dan kacang pool...


Kacang Pool Haji


Kacang Pool Haji

Well, memang tak rugi untuk mencuba sesuatu yang unik. Kacang pool yang original nie memang tak boleh dapat kat tempat lain. Kebetulan waktu teman singgah makan kat sini, isteri Tn Haji pelakon terkenal tu... Wan Maimunah, pun ada sekali membantu suami dia... Maleh teman nak curi-curi snap gambarnya... tak pasal-pasal pulak nanti kena saman,... hahahahaha...

Apa pun, kome kalau datang ke Johor nie, jangan lupa try Kacang Pool Haji nie... Must try food kalau ke Johor.

Ok, teman nak check in ke Lotus Desaru Resort and Spa.

Monday, June 9, 2014

Hotel review : Lotus Desaru Resort and Spa, Kota Tinggi

Hotel di Desaru, Kota Tinggi, Johor Darul Takzim. Ini adalah kali pertama teman dan keluarga bercuti di Lotus Desaru Resort and Spa, Desaru nie. Perjalan dari Saujana Utama ke Desaru kali ini terpaksa menempuhi aliran trafik yang tinggi melalui lebuhraya utara selatan, terutama ketika menghampiri persimpangan menghala Bangi dan Kuala Lumpur. Kesesakkan diakibatkan oleh aliran trafik yang tinggi menghala ke exit Seremban hingga membawa ke exit Air Keroh dan Melaka. Aliran trafik kembali lancar setelah melepasi Melaka.

Sebelum ke Lotus Desaru Resort, kami ke Johor Bharu dulu untuk menghadiri majlis perkahwinan seorang sahabat Farah semasa di belajar di UKM dulu. Memang best makan nasi minyak kenduri kahwin orang Johor nie. Selepas perut kenyang, dalam pukul 4 petang gitu, kami bertolak ke Kota Tinggi melalui lebuhraya Senai Desaru yang pada pendapat teman, jalan nie sekerat je lebuhraya dua lorong. Separuh lagi macam jalan lebuh raya persekutuan biasa je. So, tak boleh nak speading sangat. Matlamat utama kami ke Kota Tinggi adalah untuk berkunjung ke rumah keluarga lelaki bakal suami Farah di Felda Semenchu.

Lotus Desaru Resort and Spa

Lotus Desaru Resort and Spa

Lotus Desaru Resort and Spa

Lotus Desaru Resort and Spa

Selepas azan maghrib berkumandang baru kami bertolak ke Lotus Desaru. Jaraknya dari Felda Semenchu lebih kurang 30KM saja. Kami tiba di Lotus Desaru Resort sebelum pukul 8 malam. Disebabkan teman tak pasti dimana reception lobinya, teman ambil keputusan parking kereta berhampiran dangan main entrance hotel nie. Dari main entrance, kami naik buggy untuk ke reception yang terletak lebih kurang 10 minit perjalanan menaiki buggy.

Lotus Desaru Resort and Spa - Reception

Selesai urusan check in, kami naik buggy semula untuk ke kereta. Nasib baik, tempat parking kami tu agak hampir dengan bilik yang diberikan kepada kami. Untuk kali pertama ini, kami diberi bilik bernombor 204 di blok L. Sampai dibilik, teman mula explore setiap ruang. Untuk pengetahuan, kali ini teman booking dua bilik je.

L204


L204

Biasanya, kalau hotel dilengkapi dengan 2 bilik nie mesti ada ruang tamu. So, inilah ruang tamunya. Di bucu hujung sana tu, second room.

Lotus Desaru Resort and Spa - Hall

Lotus Desaru Resort and Spa - Hall

Lotus Desaru Resort and Spa

Lotus Desaru Resort and Spa - Hall

TV tu duduk dalam kabinet almari. So, nak menonton TV kena lah buka pintu almari tu. Bersebelahan dengan ruang tamu, tersusun ruang makan dan dapur. Ruang makan, di lengkapi dengan set meja makan. Ignore saja la barang-barang atas meja makan tu ye...

Lotus Desaru Resort and Spa - Set meja makan

Bersebelahan ruang makan pula terletak dapur. Dapur di lengkapi dengan kabinet dapur, peti sejuk, dan microwave oven. Boleh la kalau nak panaskan makanan tu.

Lotus Desaru Resort and Spa - Kitchen

Lotus Desaru Resort & Spa

Lotus Desaru Resort and Spa - Microwave Oven

Lotus Desaru Resort and Spa - Microwave Oven

Lotus Desaru Resort and Spa - Kitchen

Lotus Desaru Resort and Spa - Penyapu

Disini ada penyapu. Teman tak pasti penyapu nie memang di sediakan kepada untuk tetamu bersih bilik atau pekerjanya yang tertinggal penyapu kat dalam nie.
Wifi turut disediakan, tetapi pengunjung tidak diberikan berikan access secara percuma. mmm... nie adalah adalah down side of facility provided by Lotus Desaru Resort and Spa. Kat kedai mamak pun boleh dapat WiFi percuma. Kat hotel nie pulak kena bayar baru boleh access... mmm... better guna 4G saja laa...


Lotus Desaru Resort and Spa - WiFi access

Lotus Desaru Resort and Spa - WiFi access

Welcome drink juga turut di sediakan...

Lotus Desaru Resort and Spa - Welcome drink

Ok, kita review bilik pula ya... Nie adalah master bed roomnya... Katil bersaiz king, cukup lah untuk kami 3 beranak nie tidur... Biliknya pun luas, kemas dan bersih...

Lotus Desaru Resort and Spa

Lotus Desaru Resort and Spa

Lotus Desaru Resort and Spa

Lotus Desaru Resort and Spa

Master room nie di attached sekali dengan bath room. Ada bath tab kecil, so tak boleh la nak berendam lama-lama. Bath roomnya pun agak luas juga.

Lotus Desaru Resort and Spa

Lotus Desaru and Spa

Ok, nie pulak bilik ke dua. Di lengkapi dengan double bed. Biliknya cantik, kemas dan bersih.

Lotus Desaru and Spa

Untuk second room nie, tak di attached sekali bilik mandi. Bilik mandinya berada di sebelah luar, di tepi pintu bilik. Bilik mandinya juga bersih dan selesa.

Lotus Desaru Resort and Spa

Lotus Desaru Resort and Spa

Dari ruang tamu, boleh la tengok kolam kat bawah tu... Waktu malam-malam macam nie... gelap je la, tak ada orang pun nak layan mandi kolam malam-malam...
Lotus Desaru Resort and Spa - Pool view

Lotus Desaru Resort and Spa - Pool view
Masa buat tempahan bilik hari tu, memang teman dah includekan sekali dengan breakfast... Malas nak pening-pening cari tempat untuk breakfast pagi-pagi. So, breakfast saja la kat cafe yang di sediakan tu. Ok, lets review cafe pulak ye...

Lotus Desaru Resort and Spa - Seaview and Teratai Cafe

Nampak tak, luaskan padangnya... Sejuk mata memandang... Sarapan setiap pagi di sediakan di Seaview and Teratai Cafe. Seaview and Teratai Cafe nie nampak macam satu dewan terbuka yang agak luas juga. Pelbagai juadah tempatan dan western turut di sediakan. Menu sarapan tempatan seperti biasa je... ada nasi lemak, mee goreng, roti canai dan sebagainya... Makan lah selagi mampu... Apa yang boleh teman komen pasal cafe, sekadar biasa-biasa je...

Lotus Desaru Resort and Spa - Seaview and Teratai Cafe

Menu untuk breakfast pagi nie...

Lotus Desaru Resort and Spa - Menu breakfast

Lotus Desaru Resort and Spa - Seaview and Teratai Cafe

Mungkin waktu teman disini, ramai pengunjung-pengunjung luar terutama dari Singapore bercuti di sini... walaupun Seaview and Teratai Cafe nie agak luas, tapi agak crowded juga, bersesak-sesak juga la... Nasib baik teman turun awal untuk breakfast... Kalau tak jenuh juga la nak menunggu meja kosong...

Lotus Desaru Resort and Spa

Lotus Desaru Resort and Spa

Jom kita tengok kawasan sekitarnya pulak... Sebenarnya, yang best sekali kat Lotus Desaru nie sebab resort nie ada pantai dan mengadap Laut Cina Selatan... dan ada pulak theme park. Memang sesuai sangat lah habiskan masa bersama anak-anak mandi kolam kat sini.

Lotus Desaru Resort and Spa - Pantai

Lotus Desaru Resort and Spa - Pantai

Lotus Desaru Resort and Spa - Pantai

Lotus Desaru Resort and Spa - Pantai

Cahaya matahari pukul 10 pagi nie agak panas jugak la... Sebab tu, tak ada ramai orang dok lepak-lepak di tepi pantai nie selepas breakfast... Nak mengelak panas matahari nie, boleh berteduh di bawah rimbunan pokok-pokok nie...

Lotus Desaru Resort and Spa - Pokok di tepi pantai

Lotus Desaru Resort and Spa - Pokok di tepi pantai

Ada juga kemudahan di sediakan untuk aktiviti-aktiviti di laut. Pengunjung boleh mengunakan perkhidmatan yang di sediakan oleh pihak Seahorse Watersport nie... Kome boleh tengok senarai harga perkhidmatannya di bawah.

Lotus Desaru Resort and Spa

Patut la ramai yang tak lepak kat tepi pantai... rupanya ramai yang dok main air kat theme park... memang enjoy pun kat sini... kalau bawak anak-anak, memang best luangkan masa dengan mereka sambil main air kat sini...

Lotus Desaru Resort and Spa - Theme park

Apa depa nie tunggu ye.. ramai berkumpul kat situ... Patut la, rupa depa dok tunggu replika tempurung kelapa gergasi tu penuh air... Bila air dah penuh, tempurung tu akan terbalik menumpahkan air yang  ada dalam tu...

Lotus Desaru Resort and Spa - Theme park

Lotus Desaru Resort and Spa - Theme park

Sila abaikan wanita seksi tu... Dah nama pun kolam mandi... Memang itu lah pemandangannya...

Lotus Desaru Resort and Spa - Theme park

Apa lagi yang best kat theme park nie... Kalau kome nak tau, kat theme park nie ada 'Lazy River' dan 'Glacier River'... Apa Lazy River tu... Kalau translate direct ke Bahasa Malayu, maksudnya sungai malas... tak gitu... Mungkin 'Lazy River' tu kolam untuk bermalas-malas... boleh lepak-lepak dalam kolam, rileks-rileks... Ada 3 kolam kecil sebenarnya... dan kolam tu di hubungkan dengan 'Glacier River'... Perjalanan melungsuri 'Glacier River' ni akan berakhir di kawasan kolam yang menempatkan tumpurung kelapa gergasi tu.

Lotus Desaru Resort and Spa - Lazy River

Lotus Desaru Resort and Spa - Lazy River

Lotus Desaru Resort and Spa - Theme park

Lotus Desaru Resort and Spa - Theme park

Lotus Desaru Resort and Spa - Theme park

Lotus Desaru Resort and Spa - Theme park

Lotus Desaru Resort and Spa - Theme park

Duduk berendam dalam kolam 'Lazy River' tu memang menyeronokkan sambil cuci mata tengok gelagat orang... Memang tak sedar masa berlalu begitu pantas, sedar-sedar je, jam dah nak masuk pukul 1 tengahari... tu la kan, bila dah seronok sangat tak sedar masa berlalu begitu saja...

Selain dari menghabiskan masa dengan mandi manda dan bermain air bersama Aisar, di Lotus Desaru Resort nie pun ada mini zoo... Kecil jer... hanya menempatkan beberapa haiwan je... Jadi la kan, untuk gembirakan anak... Di mini zoo nie, ada menempatkan beberapa ekor arnab dan juga burung.


Lotus Desaru Resort and Spa - Mini Zoo

Lotus Desaru Resort and Spa - Mini Zoo

Lotus Desaru Resort and Spa - Mini Zoo

Ok, settel sudah review pasal resort nie. Macam biasa, teman nak kongsikan rating untuk resort nie berdasarkan pengalaman teman menginap disini. Mana la tau kalau kome pun nak menginap di sini.



Bilik penginapan (kebersihan / susun atur)

Kemudahan

Khidmat Pelanggan

Cafeteria (breakfast)

Kepuasan Menginap Keseluruhan


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...