Friday, June 6, 2014

Mencuri dengan hanya menghantar SMS

Ini adalah kali kedua teman dirompak melalui caj SMS yang teman terima. Kali pertama hari tu, teman report ke Celcom dan pihak Celcom telah menyiasat perkara ini dan mereka telah memberi rebate kepada teman. Kali ini, pihak Celcom mengatakan SMS yang dihantar adalah dari pihak ketiga. Pihak Celcom advise teman untuk unsubscribe dengan reply message mereka. Tak pernah pulak teman reply message yang mereka hantar. Ok la, teman follow je nasihat pihak Celcom nie. Tapi hanya satu nombor je berjaya teman stopkan dari terima SMS tu.

Just imagine, setiap SMS yang teman terima kena charge sebanyak RM2, RM1 dan RM0.50. Dalam bulan May nie, teman telah terima 5 SMS dari pihak yang bertanggungjawab nie. Sesuka hati je hantar SMS, dan tak pasal-pasal teman kena bayar pulak SMS yang teman terima tu. Teman tak pernah pun subscribe apa service pasal SMS yang dihantar nie. Senang-senang je mereka nie rompak teman. Kali nie mungkin sikit jer, tapi kalau setiap bulan dapat SMS macam nie, mau beratus mereka rompak teman.


Entah berapa banyak SMS yang mereka hantar pada penguna lain. Mau berjuta mereka dapat dari hasil rompakkan macam nie. Yang peliknya, mana pulak depa dapat nombor hand phone teman. mmm... mungkin ada orang dalam yang menjual data pelanggan kat orang macam nie.

Teman Google company tu ;
iSentric - Driving Big Mobility - Mobile content provider (36012)
Megamobile - Mobile content provider jugak (39799)
Java - tak tau company apa nie (33193). Yang pasti bukan www.java.com

Nak tahu SMS apa yang mereka nie hantar... Nie teman kongsikan kat bawah...





Untuk pengetahuan follow dan pembaca blog Apa Ke Hei nie, teman telah pun membuat aduan pada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM). Kome pun, kalau ada masalah macam nie yang related to Internet dan komunikasi boleh buat aduan juga. Klik kat sini membuat aduan mengenai salah laku tersebut.




Masa buat report tu, teman terpandang column kat bawah nie.


So, kawan-kawan blogger jangan lah sesuka hati buat entry yang menyinggung perasaan orang lain ye... Silap hari bulan, merana badan kome :d

Ok, teman dah pun membuat laporan. So, tunggu dan lihat apa tindakan pihak SKMM nanti.

6 comments :

  1. Alamak....bila terbaca ni..baru nak nak tgk bil² semula...sebab ingat dari celcom...tqvm...info ni mmg berguna..

    ReplyDelete
  2. waahh..ada lagi service mcam nie rupanya...aku pun kekadang ada gak dpat sms mcm nie tapi lebih kepada berbentuk Adv and so far belum ada yang charge lagi...tapi aku sokong tindakan ko yang membawa ini ke pihak SKMM..sekurang kurangnya mereka boleh menyiasatnya...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmm... teman baru je terima call dari pihak Celcom. Pihak SKMM telah pun membuat siasatan ke atas Celcom. Yang bestnya Celcom akan bayar rebate kat akaun teman... ingatkan sama banyaknya dengan jumlah yang teman share kat dalam entry nie... RM4.50... tapi, Celcom rebate teman dalam RM9.++

      Kira ok lah tu... Jangan simply nak charge penguna sesuka hati... Dengan pembayaran rebate tu, report yang teman buat tu kira close.

      Delete
    2. wahh...Alhamdulillah...nampaknya usaha ko membuahkan hasil jugak akhirnya..kira lepas nie tak perlu laa takut kalau service provider curik credit kita...

      Delete
    3. Itu sudah semestinya.... Apa yang penting, sebagai penguna, kita perlu berani buat laporan...

      Delete
  3. dah lama tak pakai bil telefon.. tapi kalo pakai bil, cenggitu la... ADE CAJ TERSEMBUNYI..HEHEHEE..elok la kalo dah wat aduan.. adu je... kene ajar dowang ni.. sesuke ati curi kan...

    ReplyDelete

Ada robot tak??? Setiap komen yang di tinggalkan disini akan di kunjung balas ke blog tuan-tuan sebagai tanda terima kasih... Sudi-sudilah tinggalkan komen kome kat sini ye... Terima kasih...