Thursday, June 5, 2014

Petua : Untuk merawat dan mengelak Batu karang

Penyakit batu karang. Hari nie, teman nak berkongsi petua untuk merawat dan mengelak penyakit batu karang. Batu karang nie, biasanya akan muncul di bahagian buah pinggang. Jika kome ada masalah penyakit batu karang nie, boleh lah cuba amalkan petua ini. Kome boleh baca berkenaan tanda-tanda awal penyakit buah pinggang di sini.


Gambar ehsan Google.

Untuk mengamalkan petua ini, mudah saja. Ambil sebiji buah nanas yang sederhana masak. Kemudian bakar sebentar atas dapur. Ia untuk membuang gas yang terdapat dalam buah nanas itu. Potong kepada 2 bahagian. Ambil satu bahagian itu dan kupas kulitnya lalu kisar/blender hingga hancur. Tapis dan minum airnya.


Gambar ehsan Google.

Buat pada sebelah pagi dan sebahagian nanas lagi dikupas lalu kisar untuk diminum pada sebelah malam. Bagi anda yang sudah ada penyakit batu karang, amalkan ramuan ini selama satu minggu. Untuk mengelakkan penyakit batu karang, minum sebulan sekali. Jika telah menghidapi penyakit batu karang, amalkan meminum air nenas ini setiap hari.

Insyaallah, boleh sembuh penyakit batu karang itu.

1 comment :

Ada robot tak??? Setiap komen yang di tinggalkan disini akan di kunjung balas ke blog tuan-tuan sebagai tanda terima kasih... Sudi-sudilah tinggalkan komen kome kat sini ye... Terima kasih...