Monday, September 29, 2014

CPUV : Sime Darby LPGA 2014

SIME Darby LPGA 2014. Alhamdulillah, blog teman yang tak seberapa nie masih lagi mendapat tempat di Nuffnang. Ini adalah CPUV yang ke enam untuk bulan September 2014 nie.

SIME Darby LPGA 2014

SIME Darby LPGA 2014

Apa kah benda LPGA tu? LPGA tu ialah ringkasan untuk Ladies Professional Golf Association. Secara umumnya LPGA adalah sebuah sebuah organisasi Amerika untuk pemain golf profesional wanita yang beribu pejabat di Daytona Beach, Florida. LPGA menganjurkan siri kejohanan golf setiap minggu untuk pemain golf elit wanita dari seluruh dunia.

SIME Darby LPGA 2014

Di Malaysia, kejohanan LPGA ini di taja oleh SIME Darby dan buat pertama kalinya di anjurkan kejohanan ini di Malaysia pada October 2010. Tahun ini, LPGA akan berlangsung pada 9 hingga 12 October 2014. Juara bertahan LPGA ketika ini ialah Lexi Thompson dari United State of America.

Klik disini untuk like facebook SIME Darby LPGA.

mmm... tiba-tiba saja nak latih Aisar main golf :d

Mana lah tau, bila besar nanti Aisar boleh jadi pemain golf profesional macam Lexi Thompson tu. Sekarang nie pun dok main golf kat dalam IPad :d.

Saturday, September 27, 2014

Kuliah : Doa Nabi Zakaria memohon zuriat

Doa Nabi Zakaria memohon zuriat

Friday, September 26, 2014

CPUV : Proton PCC @ Proton IRIZ

Proton IRIZ. Sebelum pelancarannya pada 24 September yang lepas, Proton IRIZ juga di kenali sebagai Proton PCC. Ini adalah CPUV Nuffnang yang ke tujuh untuk bulan September dan CPUV ke lapan untuk bulan October. Ada dua CPUV untuk Proton IRIZ nie dari Nuffnang. Syukur alhamdulillah.


Proton IRIZ

Proton IRIZ adalah kereta compact kedua yang di keluarkan oleh PROTON. Sebelum nie PROTON ada mengeluarkan Proton TIARA pada tahun 2000 sehingga di hentikan pengeluarannya pada tahun 2006. Untuk info lebih lanjut berkenaan Proton Tiara, kome boleh klik disini.

Proton IRIZ adalah strategy terbaru PROTON untuk bersaing dalam segment kereta compact di Malaysia yang ketika ini di kuasai oleh PRODUA melalui model MyVi. Klik disini untuk maklumat lebih lanjut berkenaan Proton IRIZ.


Proton IRIZ


Proton PCC

Dari segi reka bentuk, Proton IRIZ nampak biasa saja. Tapi spesifikasinya mengatasi kereta kompact yang lain. IRIZ di datangkan dengan dua varian injin iaitu 1.3 dan 1.6. Apa yang best pada Proton IRIZ? Untuk model 1.6 Premium CVT, Proton IRIS di lengkapi dengan Keyless Entry, PUSH START button, GPS, USB Charger, AIR BAG, rear view camera, Immobilizer, Day Time Running light dan 4G in car WIFI. Spesifikasi yang teman highlight kan di sini kebiasaannya terdapat pada kereta import.




Gambar ehsan themalaysianreserve.com

Memang mengujakan. Pada mereka yang memasang niat untuk memandu kereta baru, boleh la masukkan Proton IRIZ dalam senarai tu. Tak rugi memandunya.

Apa pun, terima kasih Nuffnang untuk CPUV Proton PCC nie.

CPUV : SENHENG Online Store One

SENHENG Online Store One. Ini adalah CPUV yang ke lima untuk bulan September 2014 nie. Alhamdulillah, blog teman yang tak seberapa nie masih lagi mendapat tempat di Nuffnang.


Senheng Online Store

Zaman sekarang nie, kebanyakkan retailer dan wholesaler telah melonjak di atas talian untuk menemui pelanggan mereka. Begitu juga dengan SENHENG. Sekarang penguna boleh saja membeli barangan elektrik mereka di atas talian tanpa perlu lagi mengunjungi pusat pameran mereka.


CPUV - Senheng Online Store

Senheng Online Store

Mudah sajakan. Pelanggan hanya perlu duduk di hadapan komputer atau tablet mereka. Layari portal SENHENG untuk melihat produk yang di tawarkan, buat bayaran di atas talian dan tunggu di rumah untuk penerimaan barang yang di pesan. Barangan yang di beli di SENHENG Online Store One juga ada warantynya. Sama seperti kebiasaan kita membeli barangan elektrik di kedai.

Daftar disini untuk menjadi PlusOne member dan anda akan mendapat extra waranty selama setahun. Klik disini untuk menyertai facebook SENHENG.

Wordless : Legoland, Malaysia

Legoland

Thursday, September 25, 2014

Petua : Untuk menguatkan tenaga batin wanita

Petua kewanitaan. Yes, hari nie sudah hari khamis. Esok hari Jumaat. Hari sabtu dan ahad kita cuti la. Hari-hari kita sibuk. Terutama buat kaum wanita. Celik mata je dah sibuk. Time rehat hanyalah masa tidur. Itu pun selalu kena kacau. Kalau dah penat mesti selalu tak bermaya dan bertenaga.


Gambar ehsan Google.

Ok, kali nie teman nak kongsikan satu petua untuk menguatkan tenaga batin kaum wanita. Petua ini perlu di amalkan selama 3 pagi berturut-turut.

Perkara pertama yang perlu dilakukan, dapatkan 3 jenis daun bunga yang berlainan warna. Kuantitinya agak-agak lah sendiri sekadar cukup untuk satu baldi air mandian.

Ok, perkara kedua yang perlu dilakukan, bangun awal sebelum suami bangun. Menurut orang dulu-dulu kata, petua nie tak mujarab kalau suami sudah terjaga.

Caranya begini ye. Masukkan air suam di dalam baldi secukupnya untuk mandian. Kemudian campurkan sedikit madu asli. Lepas tu rendam daun-daun bunga tiga warna itu selama 30 minit. Kemudian, mandi dengan air tersebut. Amalkan selalu.

Sunday, September 21, 2014

Kuliah : Doa yang nabi sentiasa baca kepada Hasan dan Husin

Saturday, September 20, 2014

Kuliah : Suatu kisah bersama IBU

Di manakah insan bergelar IBU? Bilakah kali terakhir kome meluangkan masa bersama ayah dan ibu kome? Dalam entry hari nie, teman saja nak berkongsi suatu kisah...


Gambar ehsan Google.

Tiba-tiba nak menangis dengar kisah benar hari ini yang diceritakan oleh seorang alim di barat...

Seorang suami ni ajak isterinya makan seperti biasa. Jom sayang kita pergi cuba makan sekian tempat sedap sangat makanannya dan tempat yang sangat istimewa.

Isterinya diam dan tiba-tiba cakap. Saya sebenarnya lebih rela abang ajak seorang wanita lain untuk makan istimewa dengan abang..

Suaminya terkejut dan tanya siapa pula sayang. Isterinya jawab, ajaklah mak abang. Abang dah terlalu lama tak meluangkan masa berbual dan makan dengannya. Saya sudah selalu. Pergilah..

Suaminya terkejut bercampur sedih dan terharu. Dia telefon ibunya dan ajak ibunya. Ibunya terkejut. Hanya berdua nak..yer kita berdua mak..

Dia pun bawa ibunya. Makan bersama-sama di tempat romantik dan istimewa itu.

Berbual panjang dan setelah itu. Ibunya senyum dan dia sangat gembira dapat makan dan bercakap-cakap panjang dengan anaknya..

Tanya dia pada ibunya. Ok ke ibu. Ibu seronok ker?

Jawabnya ibunya, yer anak. Susah-susah bawa mak ke sini. Seronok dapat bercakap-cakap dengan kamu.

Nanti saya bawa ibu lagi yer.

Jawab ibunya, nanti ibu pula belanja dan ajak kamu ke sini..

Setelah itu dia pulang. Dia terlalu sibuk dengan kerjanya. Sibuk dengan isteri dan anak-anak setiap hari..tidak sempat beri masa buat ibunya yang keseorangan. Jumpa sekejap-sekejap sahaja..

Satu hari dalam kesibukan dia terkejut dengar ibunya sakit. Dia kelam kabut tinggalkan kerja kerana dia sayang ibunya. Bila sampai ke hospital ibunya telah meninggal dunia. Dia sangat sedih dan menyesal.

Tidak berapa lama dia dapat kad dari tempat makan istimewa itu. Tempat makan untuk dia dan isterinya sudah dibayar...

Dia pun makan. Semasa sedang makan dia mendapat satu nota dari siapa yang tempahkan tempat itu buatnya. Rupa-rupanya arwah ibunya.


Kata ibunya, terima kasih gembirakan ibu. Ibu nak balas dan tunaikan janji ibu. Ibu tempah khas buat kamu dan isteri kamu. Selamat bergembira..

Lelaki tadi dan isterinya menangis teresak-esak.

Itulah IBU.....ya Allah tidak terbayar korban mereka. Tapi sekurang-kurangnya buatlah sesuatu dan gembirakan mereka. Malam hari doa menangis pada Allah buat mereka...

Kadang-kadang ada orang rasa hebat baru khidmat sikit pada mak. Sebenarnya kita belum buat baik. Kita cuma balas jasa mereka. Itu pun tak terbalas. Mereka mandikan kita dari kecil sehingga 0-6 tahun. Tukarkan pampers atau lampin 3 tahun. Siapkan makan minum paling kurang 17 tahun. Dukung 3 tahun. Cuci najis 5 tahun. Doa buat kita selagi mereka bernyawa.

Jadilah anak soleh. Ini bukan pilihan. Tapi perintah Allah yang wajib dan teramat besar.

Hargailah ibubapa dan ibubapa mertua kita. Sayangilah mereka. Minta maaf. Buat baik. Jauhi yang haram.

Friday, September 19, 2014

CPUV : RMK Autumn/Winter 2014 Co

RMK Autumn/Winter 2014 Co. Nie adalah CPUV ke dua dari Nuffnang. Apakah RMK Autumn/Winter 2014 nie? RMK nie adalah pengeluar produk kecantikkan wanita. Macam-macam produk ada. Produk mereka telah di pasarkan di 8 negara termasuk Malaysia.

RMK Malaysia outlet

RMK - Power of LOVE

Untuk maklumat lanjut, silalah layari ke web site mereka disini. Apa pun, terima kasih pada Nuffnang masih sudi lagi memberi CPUV pada blog teman yang tak seberapa nie.

CPUV : Sanofi Lactacyd Phase 2

Sanofi Lactacyd Phase 2. Nie adalah CPUV pertama dari Nuffnang untuk bulan September, 2014 nie. Apakah Sanofi Lactacyd ini? Sanofi Lactacyd nie rupanya barangan penjagaan wanita. Teman tak tahu sangat pasal produk nie. Apa pun, kalau kome nak tahu lebih lanjut boleh lah layari web site mereka lactacyd.


Apa pun, terima kasih pada Mr. Nuffnang kerana masih lagi sudi memberikan CPUV kepada yang tak seberapa nie.

CPUV : RWG - Ice Age Adventure

RWG - Ice Age Adventure. Alhamdulillah syukur, bulan September nie dapat CPUV ketiga dan keempat dari Nuffnang untuk promosi Ice Age Adventure. Ice Age Adventure nie berlangsung di Resort World Genting bermula dari 1 September hingga 26 Oktober, 2014 dengan bayaran masuk bermula dari RM20. Sesuai sangat untuk para ibu bapa meluangkan masa dengan anak-anak.

Untuk maklumat lanjut sila klik disini yer.




Seronok juga kalau bawak Aisar jalan-jalan kat sini. Ok la... nanti Papa plan datang sini ye... Apa pun, thank you Mr. Nuffnang.

Wordless : Taman Botani Perdana

Nak cari lokasi out door photo shoot? Mungkin Taman Botani Perdana yang terletak di Taman Tasik Perdana boleh menjadi lokasi terbaik untuk kome buat out door photo shoot.

The bridge

Night view

The pond fontain

Thursday, September 18, 2014

Petua : Menyimpan keju supaya tahan lama

Macam mana hendak menyimpan keju supaya tahan lama tanpa mengunakan peti sejuk? Sekarang nie, kalau nak simpan makan supaya tahan lebih mesti simpan makanan tersebut di dalam peti sejuk. Tapi, ada kalanya masalah timbul apabila kita tidak dapat mengunakan peti sejuk tersebut.


Gambar ehsan Google.


Dalam entry nie, teman kongsikan satu jalan penyelesaian untuk menyimpan keju tanpa mengunakan peti sejuk.

Caranya macam nie. Mula-mula dapatkan sehelai kain bersih, tak kisahlah warna apa pun dan saiz kain ini perlulah cukup untuk membaluti keju tersebut. Kain tersebut kemudiannya dilembabkan dengan air garam dan selepas itu, kain ini digunakan untuk membungkus keju tersebut sekemas mungkin.

 Dengan cara ini, keju tersebut akan tahan lebih lama. Selamat mencuba ye!

Petua : Nasi hangit

Kadang-kadang kita terlalai semasa memasak nasi atau bubur menyebabkan ia hangit dan memberi aroma yang kurang menyelerakan. Sebelum ini dalam entry yang lepas, teman ada berkongsi petua untuk menhilangkan bau hangit ini dengan memasukkan kulit bawang. Klik disini untuk membaca entry tersebut.



Gambar ehsan Google.

Jika kome mengalami masalah nasi hangus dan berbau hangit, boleh cuba petua ini. Petua ini pun mudah saja untuk di buat. Apa yang perlu di buat, dapatkan pucuk daun pisang. Kemudian, masukkan kedalam nasi tersebut dan tutuk rapat-rapat. Pucuk daun pisang ini perlulah di masukkan ketika nasi masih panas.

Insyaallah, bau hangit nasi tersebut akan berkurangan.

Selamat mencuba ye!

Petua : Wajah bersih berseri dengan air beras

Air beras ini banyak khasiatnya. Antaranya khasiatnya, air beras ini dapat menyerikan wajah yang kusam. Teman pun baru je tahu. Biasanya, kalau basuh beras airnya kita buang jer. Atau paling tidak pun, jadikan air beras ini sebagai air siraman pokok bunga. Tak tahu pulak teman air beras nie pun boleh di gunakan untuk membersihkan wajah.


Gambar ehsan Google.

Air beras ini di ambil pada bilasan pertama ketika membersihkan beras untuk di masak. Wajah yang dibasuh dengan air beras akan berasa lebih bersih dan bebas minyak. Amalan membersihkan muka dengan air beras akan menyerikan wajah yang kusam.

Saturday, September 13, 2014

Kuliah : Wahai Suami

Wahai SUAMI. Ketika engkau sudah memiliki kasih sayang seorang ISTERI...



˚♡° Jagalah hatinya. 
˚♡° Jagalah kasih sayangnya. 
˚♡° Jagalah perasaannya. 
˚♡° Jagalah bahagianya. 
˚♡° Muliakan hidupnya. 
˚♡° Berusahalah untuk tidak menyia-nyiakan saja cintanya. 
˚♡° Buatlah hidupnya merasa lebih bererti ketika bersamamu. 
˚♡° Kerana itulah yang akan membuat isterimu bahagia dan merasa tenteram hatinya. 

Wahai ISTERI... lakukanlah perkara yang sama.

Wednesday, September 10, 2014

Patin Place, Puchong Utama

Tempat makan best di Puchong. Kome suka tak ikan patin? Ikan patin masak tempoyak, sodap sehingga menjilat jari... Betul... Tak tipu punya... Memang terbaik... Kali nie, teman nak buat review segment Jalan-jalan Makan-makan di Patin Place yang terletak di Puchong Utama.

Patin Place

Nak tau lebih lanjut lokasinya dimana? Klik disini untuk info dari Google Maps. Untuk lebih mudah, kome ambik je koordinate GPS kat bawah nie;


2.992441, 101.621087

Ini adalah alamat restoran nie;

14 Jalan Bpu 5, Kawasan Perniagaan Bandar Puchong Utama, 47100 Puchong, Selangor

016-208 9012

Actually, kawan teman yang introduce Patin Place nie kat teman. Apa yang special kat sini? Dah tentulah masakkan ikan patinnya. Untuk pengetahuan, di Patin Place nie mereka mengunakan ketuhar zaman purba, dan ianya satu-satunya di Malaysia. Itu kata mereka lah.


Ancient Brick Oven


Gambar  nie ehsan dari blogger dunianorey.

Menu special disini ialah stim ikan Patin masak tempoyak. Kata Boboboi... memang terbaik...


Patin Place

First time teman kesini, tahun 2013 bersama office mate. Jauh bebenor kami makan lunch. Dari Bangsar sampai ke Puchong. Selepas tu, teman bawak family pulak datang makan-makan kat sini. Tapi saat yang paling best sekali, masa bawak ayah ngan ibu datang makan-makan kat sini. Penuh meja dengan hidangan. Plan nak buat entry pasal Patin Place nie pun dah lama tersadai dalam draft. Cuma masa jer yang tak mengizinkan untuk publish entry nie awal.

Nie adalah bat untuk bermain ping pong, tetapi telah di ubah suai untuk dijadikan paparan menu terbaik di Patin Place nie. Lihatlah, betapa kreatifnya mereka disini.



Patin Place


Patin Place


Temerloh mali punya... Bukan di jalanraya saja ada sign board jalan macam nie... Di Patin Place pun ada juga tau...


Patin Place


Apa yang best sangat kat sini. Ok, teman kongsikan sket sebahagian menu yang ada. Nie baru pages pertama. Hidangan disini semuanya menarik dan membuatkan perut bertambah lapar.


Patin Place

Patin Place

Teman cuma kongsikan menu tu satu pages jer. Kalau nak tengok menu apa lagi yang ada di Patin Place nie, kome boleh klik disini untuk membaca follower blog teman, dunianorey. Cik akak nie rajin bebenor ambil gambar buku menu tu.

Sekarang nie cerita Godzilla tengah di tayang di panggung. Jangan terkejut, di Patin Place nie pun da Godzilla... Bukan Godzilla biawak besar tu, tapi Milo Godzilla :d Untuk mereka yang mengemarkan minuman berasaskan koko, Milo Godzilla ini adalah yang terbaik.


Patin Place


Meh layan apa yang teman order nie... menu utama mesti la signature dish... stim ikan patin masak tempoyak :d


Patin Place


Patin Place


Patin Place

Patin Place


Kat hujung tu ada sayur kangkung goreng tepung. Kangkung tu di goreng rangup dengan tepung khas. Kangkung goreng tepung nie dihidangkan bersama sos recepi dari Patin Place nie. Sedap, ratah pun sedap. Memang terbaik, sodap sehingga tak cukup sepinggan. Mulut tak berhenti mengunyah. Selagi kangkung tu tak habis, selagi itu lah dok ngap masuk mulut :d

Untuk stim ikan patin masak tempoyak nie, harganya dalam RM6+.00 seekor dan bergantung pada saiznya. Di Patin Place, patin masak tempoyaknya di masak bersama lemon. Itu yang memberi aroma dan rasa yang tersendiri dan begitu unik. Ketika menaip entry nie pun, teman dah berasa lapar balik, apa tah lagi bila teman letak gambarnya dalam entry nie.


Patin Place


Nie adalah Hong Kong Baby Kailan Patin Place style. Memang best. Teman memang sangat suka makan sayur.



Untuk minuman pula, teman dan isteri sukakan lemon tea. Nie adalah Coklat Vanila blended untuk Aisar dan kongsi papanya :d Siap ada coco crunch lagi kat dalam tu.


Patin Place


Patin Place

Tok mama pulak, order ABC sebagai pencuci mulut...

Air Batu Campur

Patin Place jug antara restoran yang mengamalkan amalan kebersihan yang baik seperti yang di sarankan oleh Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ). So, tiada keraguan tentang tahap kebersihan di Patin Place nie.


Patin Place

Apa lagi yang best kat sini? Decoration Patin Place juga banyak menonjolkan imej negeri Pahang. Manakan tidak, tokeh nya pun orang Pahang. Di Patin Place, mereka menonjolkan konsep santai. Sangat sesuai untuk mereka yang ingin membawa keluarga makan-makan disini.



Gambar ehsan dari Patin Place FB


Patin Place

Kalau kome nak tahu, program Jalan-Jalan Cari Makan di TV3 juga pernah bersiaran di Patin Place nie. Patin Place juga pernah menjadi topik berita di beberapa akhbar tempatan. Mereka turut mengabadikan gambar celebriti tanah air di ruang khas.






Apa pun, seperti hidangannya decorationnya juga sangat owsome dan sesuai untuk bersantai dengan keluarga. The down thing di Patin Place nya hanyalah TV flat screennya tiada siaran ASTRO. Kalau ada mesti lagi best, boleh stay lama sket.



Ini pula adalah hiasan di kaunter tempat pembayaran. Kalau nak ketuk gong tu, silakanlah. Pemukul gong itu telah siap tergantung di situ. Masa nak bayar nanti kalau cashier tiada di kaunter, kome ketuk je gong nie.


Patin Place

Patin Place

Patin Place


Gambar ehsan dari Patin Place FB


Di sini turut disediakan surau, tapi teman tak rekomen untuk solat disini. Bukan apa, ketika kunjungan teman, surau yang disediakan tidak sempurna. Ruang yang di sediakan adalah sebenarnya ruang office yang di kosongkan. Hanya ada satu sejadah dan tiada telekong untuk pengunjung muslimah.


Gambar ehsan dari Patin Place FB

Bila dah kenyang makan, order pulak side dishes sebagai pencuci mulut. Meh kita makan pau. Biasa yang selalu kita tengok, pau yang di kukus. Putih dan gebu jer. Tapi di Patin Place nie, pau yang di hidangkan adalah pau yang di grill. Meh tengok macam mana rupanya.



Gambar ehsan dari Patin Place FB

Teman order untuk seorang sebiji saja. Nie frist try teman makan pau yang di grill.



So, komen teman... Not bad rasanya... agak unik juga... must try...

Ok, akhir kata next time teman nak singgah lagii kat sini. Makan-makan ngan family and cuba menu baru pulak. Ada banyak menu yang menarik dan tak berkesempatan lagi nak cuba.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...