Friday, November 14, 2014

AbQary Kidz Ihtifal 2014

Tahniah buat AbQary Kidz Saujana Utama Sungai Buluh atas penganjuran AbQary Kidz Ihtifal 2014 untuk meraikan anak-anak yang akan menuju ke alam persekolahan di darjah 1. Untuk pengetahuan, AbQary Kidz yang berpengkalan di Saujana Utama Sungai Buluh. bukan pusat didikan kanak-kanak biasa atau "play school". Di AbQary Kidz. mereka menitik beratkan program 'rangsangan Right Brain' kepada anak-anak dari umur 3 tahun lagi. Program yang dibangunkan oleh Wan Noorasromei Mohd Noor yang merupakan pengasas atau founder dan memerangkap CEO AbQary Kidz Sdn Bhd.

AbQary Kidz Ihtifal 2014

Perbezaan Abqary Kidz dengan tadika lain ialah mereka menggunakan teknik otak kanan dalam penglibatan sesebuah kelas. Dan perbezaan yang ketara ialah mereka mengintegrasikan elemen Islam dalam pembelajaran harian. Program ini akan 'kenaikan' keupayaan otak kanan anak-anak untuk merebut input maksimum dan untuk 'menarik diri' potensi penuh mereka agar mereka menjadi pelajar 'super' untuk persediaan mereka untuk darjah 1. Dikalangan pelajar-pelajar AbQary Kidz, Wan Noorasromei Mohd Noor lebih kenali sebagai Teacher Romei. Glamor gitu... Manakan tidak, beliau nie seorang yang sangat mesra dengan anak-anak... :)

Teacher Romei

Gambar ehsan FB Teacher Romei

Alhamdulillah, Aisar sudah mula boleh membaca dan menghafal surah-surah lazim sejak berumur 4 tahun lagi walaupun tak sampai 6 bulan belajar di AbQary Kidz. Syukur sangat berkat usaha gigih mama nya dan juga pihak AbQary Kidz, Aisar kini sangat rajin membaca buku. Tahun depan Aisar memasuki alam persekolahan baru. Tak sabar rasanya hendak menunggu saat itu.

Teman terfikir juga, ketika teman berumur 6 tahun, apa la agaknya pencapaian teman pada pada waktu itu. Sudah pandai membaca dan mengira ke? Sudah hafal surah lazim ke? Tak ingat pulak teman... mmm... Apa pun harapan papa dan mama Aisar sangat tinggi... kami doakan semoga Aisar menjadi anak yang solehah, berjaya didalam kehidupan di dunia dan di akhirat serta dapat memanfaatkan ilmu yang ada pada dirinya untuk orang lain... Aminnn...

AbQary Kidz

Untuk AbQary Kidz, teman doakan semoga mereka berjaya mengembangkan AbQary Kidz ke seluruh negeri. Insya Allah... aminn.

1 comment :

  1. Jika dekat dengan kawasan rumah..konfem hantar anak ke sini...betapa beruntungnya anak zaman sekarang..semuanya mudah..dulu lain..sekarang lain...ingat dulu masa 6 tahun...g tadika..bebas je naik basikal..xde mak ayah risau.....jauh 1.5 km ...sekarang...xdenya....depan rumah pun nak kena tgk dan pantau..

    ReplyDelete

Ada robot tak??? Setiap komen yang di tinggalkan disini akan di kunjung balas ke blog tuan-tuan sebagai tanda terima kasih... Sudi-sudilah tinggalkan komen kome kat sini ye... Terima kasih...