Thursday, December 18, 2014

Petua : Menghalau nyamuk

Halau nyamuk dari rumah. Sekarang nie musim hujan. Bila musim hujan, banyak pula air bertakung di merata-rata tempat. Air bertakung nie, jadi tempat untuk nyamuk membiak. Kalau tak di bersihkan kawasan rumah tu, jadi tempat pembiakan nyamuk lah jawapnya. Tambahan pula sekarang nie demam denggi makin menjadi di sebabkan nyamuk aedes nie senang sangat membiaknya. Nyamuk Aedes nie boleh menyeberangi negeri pulak ikut naik sekali naik kereta, bas atau lori dari negeri yang teruk dengan wabak denggi nie.

Dalam entry petua hari nie, teman nak kongsikan satu petua atau tips macam mana nak menghalau nyamuk dari rumah. Cara nie boleh digunakan masa kome berkhemah di hutan. Bahan yang diperlukan hanyalah limau nipis dan bunga cengkih.

Limau nipis itu di belah dua, dan kemudian ambil bunga cengkih dan benamkan bunga cengkih tu pada limau nipis yang di belah dua tu. Macam dalam gambar nie.

Limau Nipis dan Bunga Cengkih

Gambar ehsan Google.

Kemudian, letakkan limau nipis yang di cucuk dengan bunga cengkih tu kat tempat strategik yang biasa nyamuk duduk menyorok.

Ok, Selamat mencuba...

2 comments :

Ada robot tak??? Setiap komen yang di tinggalkan disini akan di kunjung balas ke blog tuan-tuan sebagai tanda terima kasih... Sudi-sudilah tinggalkan komen kome kat sini ye... Terima kasih...