Thursday, May 21, 2015

Petua : Untuk meluruskan rambut kerinting tanpa rebonding.

Macam mana hendak meluruskan rambut yang kerinting tanpa perlu rebonding? Dalam entry sebelum nie, teman ada kongsikan satu petua untuk meluruskan rambut. Klik disini untuk membaca entry tu. Dalam entry kali ini, teman akan kongsikan satu lagi petua untuk meluruskan rambut secara semula jadi.

Rambut kerinting

Gambar ehsan Google.

Mudah saja caranya. Mula-mula dapatkan pati santan dari sebiji kelapa dan 3-4 biji limau nipis. Kemudian, campurkan santan pekat ini bersama air perahan limau nipis. Kacau sehingga sebati. Kemudian, simpan di dalam peti sejuk sehingga di bahagian lapisan atasnya muncul satu lapisan menyerupai krim.

Pati santan kelapa

Gambar ehsan Google.


Gambar ehsan Google.

Gunakan lapisan krim tersebut untuk disapukan pada kulit kepala dan rambut keseluruhannya. Kemudian tutup kepala dengan tuala. Selepas satu jam, boleh lah di bilas dengan air bersih. Lakukan tiga kali seminggu. Hasilnya nanti rambut yang kerinting akan lurus sedikit demi sedikit.

Selamat mencuba.

5 comments :

  1. Santan yg selebihnya tu boleh guna semula x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je... simpan dalam peti sejuk supaya santan tu tahan lebih lama...๐Ÿค—

      Delete
  2. Santan yang selebihnya tu boleh guna semula x?

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Simpan dalam freezer je... bukan kat tempat sejuk beku tu...

      Delete

Ada robot tak??? Setiap komen yang di tinggalkan disini akan di kunjung balas ke blog tuan-tuan sebagai tanda terima kasih... Sudi-sudilah tinggalkan komen kome kat sini ye... Terima kasih...