Thursday, August 20, 2015

Petua : Untuk mengelak masalah gastrik

Masalah gastrik. Ada antara kita yang mengalami masalah gastrik nie. Jika tidak di rawat akan memberi kemudharatan kepada tubuh. Entry ini adalah sebagai perkongsian kepada mereka yang mengalami masalah gastrik. Gastrik merupakan penyakit yang terjadi pada gangguan perut. Pesakit akan mengalami rasa sakit pada ulu hati yang biasanya disertai rasa memulas dan perit. Elakkan gastrik dengan mengamalkan petua ini.

Sakit Gastrik

Gambar ehsan Google.

Dapatkan kunyit dengan ukuran dua jari. Bersihkan kunyit tersebut dan parut. Tambahkan sedikit air bersih pada parutan kunyit tersebut. Kemudian, letakkan kunyit yang telah di parut ini di atas sehalai kain bersih.

Kunyit hidup

Gambar ehsan Google.

Perah kunyit tersebut. Hasil perahan kunyit tersebut di biarkan sebentar. Ambil air ini dan minum. Amalkan dua kali sehari. Sebaik-baiknya di lakukan di sebelah pagi sebelum makan dan malam sebelum tidur.

Sebelum ini teman ada juga kongsikan beberapa petua untuk mengatasi masalah gastrik. Klik link di bawah untuk membacanya.


Selamat mencuba.

3 comments :

  1. Thanks for sharing. Boleh suruh adik cuba ni, gastrik dia teruk jugak. Huhu

    ReplyDelete
  2. Petua yang bagus ni. Sesuai sangat guna cara ni bila kena gastrik.

    ReplyDelete
  3. minta jauh la gastrik.... kalo sakit perot pun dah tak tahan...huuuhu...

    ReplyDelete

Ada robot tak??? Setiap komen yang di tinggalkan disini akan di kunjung balas ke blog tuan-tuan sebagai tanda terima kasih... Sudi-sudilah tinggalkan komen kome kat sini ye... Terima kasih...