Thursday, August 13, 2015

Petua : Untuk menguatkan lutut

Dalam entry petua hari nie, teman kongsikan satu petua untuk menguatkan lutut. Boleh juga mencuba petua ini jika ada masalah lemah lutut atau sakit lutut. Petua nie mudah saja untuk dibuat. Sayur Bendi biasanya di campur didalam masakan kari atau pun di goreng dan ada boleh juga di rebus atau dicelur sebagai hidangan. Tapi kali ini, di ambil manfaat sayur bendi dalam rawatan masalah lutut.

Sakit lutut

Apa yang penting dapatkan bahan-bahan di bawah nie ;

Bendi
  • Bendi muda (beberapa batang)
  • Air panas

Caranya, bendi muda ini hendaklah di racik nipis kemudian di rendamkan di dalam air panas. Sebaik-baiknya di lakukan sebelum tidur. Biarkan ia semalaman. Keesokkan harinya, minum air ini sebelum sarapan. Amalkan setiap hari. Hasilnya boleh dilihat dalam tempoh sebulan.

Selamat mencuba.

1 comment :

Ada robot tak??? Setiap komen yang di tinggalkan disini akan di kunjung balas ke blog tuan-tuan sebagai tanda terima kasih... Sudi-sudilah tinggalkan komen kome kat sini ye... Terima kasih...