Thursday, January 21, 2016

Petua : Untuk membersihkan bunga hiasan

Ramai menjadikan bunga hiasa yang di perbuat dari plastik, kaca, riben dan sebagainya sebagai penyeri suasana di rumah. Memang nampak menarik. Suasana rumah pun nampak ceria je. Masalah bunga hiasan nie, lama-kelamaan ia akan pudar di sebabkan habuk melekat di permukaannya.

Bunga Hiasan

Gambar ehsan Google.

Macam mana hendak membersihkannya. Pernah juga dengan orang rendamkan bunga hiasan nie untuk menghilangkan habuk-habuk yang melekat tu. Nampak macam agak rumit, sebab perlu keluarkan bunga hiasan tu dari bekas bunga untuk di rendam. Kalau malas, mungkin boleh tonggeng bunga tu ke dalam baldi berisi air suam dan sabun.

Hair Dryer

Gambar ehsan Google.


Apa yang teman hendak kongsikan disini, bunga hiasan itu tidak perlu di rendam atau pun di cuci dengan mengunakan air. Cara yang teman hendak kongsikan disini, cukup mudah 5-10 minit boleh siap.

Gambar ehsan Google.

Caranya macam nie. Ambil vacum cleaner dan hair dryer. Aktifkan vacum dan jarak vacum dan bunga hiasan tidak terlalu dekat sehingga boleh menyebabkan bunga hiasan itu di sedut oleh vacum. Kemudian di arah bertentangan dengan vacum, aktifkan hair dryer. Dengan mengunakan udara panas, semburkan pada bunga hiasan itu. Debu-debu yang melekat di bunga hiasan itu akan berterbangan dan di sedut masuk ke dalam vacum cleaner. Lakukan ini sehingga bunga hiasan itu bersih.

Selamat mencuba.

1 comment :

Ada robot tak??? Setiap komen yang di tinggalkan disini akan di kunjung balas ke blog tuan-tuan sebagai tanda terima kasih... Sudi-sudilah tinggalkan komen kome kat sini ye... Terima kasih...