Monday, November 21, 2016

Paya Indah Wetland

Apa yang menarik di Paya Indah Wetland? Teman berkunjung ke Paya Indah Wetland ini pun disebabkan aktiviti kumpulan di jabatan tempat kerja. Tak sempat nak Google pun pasal Paya Indah Wetland nie. Apa yang teman pernah dengar, di Paya Indah Wetland nie ada badak air.


Paya Indah Wetland

Oleh sebab, aktiviti kali ini dalam kumpulan, pihak penganjur telah uruskan sesi penerangan oleh petugas Paya Indah Wetland.


Paya Indah Wetland

Paya Indah Wetland ini di urusan oleh Pihak Jabatan PERHILITAN Malaysia. Berikut adalah beberapa fakta yang di kongsikan oleh pihak PERHILITAN;
  • 220 spesis tumbuhan akuatik dan daratan
  • 225 spesis burung
  • 20 spesis mamalia
  • 20 spesis reptilia
  • 10 spesis amfibia
  • 14 spesis ikan
Paya Indah Wetland ini terbahagi kepada 3 Zon.

1. Recreation Zone
2. Education Zone
3. Conservation and Research Zone


Paya Indah Wetland

Gambar ehsan Google.

Pengunjung yang datang melawat tanpa sebarang atur temu janji hanya boleh memasuki kawasan recreation Zone sahaja. Untuk berkunjung ke Education Zone dan Conservation and Research Zone, pengunjung perlu membuat tempahan awal 1-3 minggu sebelum tarikh lawatan. Bayaran sebanyak RM120 untuk juru pandu untuk 4 jam dan terhad kepada 12 orang satu kumpulan. Pengunjung juga boleh menyewa chelet disini dengan bayaran serendah RM120 untuk semalaman. Setakat nie masuk percuma je. Parking kereta pun luas.

Untuk kunjugan kali ini, kami hanya berkesempatan untuk menjelajah Recration Zone sahaja. Mungkin, lain kali boleh di aturkan untuk kunjungan di zone yang lain.

Apa pun, organiser telah sediakan beberapa aktiviti yang boleh dibuat disini. Antaranya;
  1. Lawatan konservasi hippo
  2. Lawatan konservasi burung pelican
  3. Lawatan konservasi buaya (tiada aktiviti memberi makan)
  4. Lawatan konservasi landak dan kura-kura
  5. Menara tinjau dan aktiviti berbasikal
Selesai sesi penerangan, kami di bawa ke kawasan yang menempatkan hippo. Kawasan penempatan hippo ini agak luas. Terdapat kolam atau tasik di dalamnya. Waktu makan hippo adalah sekitar jam 10 pagi. Pengunjung akan di beri peluang untuk memberi makan hippo. Makanan hippo adalah tumbuh-tumbuhan yang di tanam khas untuknya dari Afrika serta buah-buahan seperti betik dan pisang. Padan dengan saiznya, makan pun banyak jugak. Sebijik betik dan sesisir pisang sekali di sumbat dalam mulutnya.


Badak Air

Cuba tengok gigi hippo nie, sepanjang hidup dia tak pernah sapa-sapa tolong gosokkan giginya... Panjang jugak taring nya tu... Kome tau tak, di luar negara ada jawatan tukang gosok gigi badak air... kalay tak percaya, tengok la video nie...



Badak Air

Kalau kome perhatikan muncung hippo tu, kasar benor misainya... Kalau tercucuk mau tembus kulit di buatnya...๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿค—๐Ÿค—

Hippo

Macam mana nak bagi hippo ini makan? Mudah je, caranya pegang makan tersebut tinggi-tinggi macam dalam video nie. Kemudian, bila hippo tu bukak mulut, jatuhkan saja makanan tersebut ke dalam mulutnya. Mulut dia kan besar...




Badak Air

Hippo ini mempunyai badan yang besar. Hippo mampu untuk berenang dan menyelam di dalam air. Jangan terkejut, dengan mempunyai saiz badan yang besar ini, hippo mampu untuk berlari di atas daratan dengan kelajuan 48KM sejam. Walau pun Hippo nie nampak cute dan manja saja, Hippo nie sebenarnya sangat merbahaya. Hippo boleh membunuh manusia. Menurut statustik, Hippo telah di senaraikan antara 10 haiwan yang merbahaya di dunia. Setiap tahun di anggarkan lebih dari 500 manusia terbunuh di sebabkan oleh Hippo. Hippo akan menjadi lebih aggresive jika ada baby Hippo di sekitarnya. Kome boleh klik kat sini kalau nak tahu lebih lanjut pasal haiwan yang merbahaya di dunia.


Fakta Hippo

Hippo cepat berpeluh jika berada di daratan. Peluh hippo nie berwarna merah darah. Hippo perlu menyejukkan badan dengan berendam di dalam air.

Berdekatan dengan kolam yang menempatkan Hippo ada tasik yang menempatkan sekawan itik dan angsa liar.


Paya Indah Wetland

Selesai sesi penerangan di kandang Hippo, kami di bawa merentasi satu tasik besar yang menempatkan buaya. Antara spesis buaya yang di tempatkan disini adalah jenis buaya tembaga. Di anggarkan terdapat lebih dari 50 ekor buaya di dalam tasik ini. Banyak betul. Kalau la ada aktiviti belon panas atau payung terjun sekitar KLIA dan Dengkil, tetiba di terbangkan angin jatuh dalam tasik nie, memang kenduri la buaya-buaya dalam nie.


Paya Indah Wetland

Di Paya Indah Wetland nie banyak tasik. Nie teman kongsikan Googel Map view sekitar Paya Indah Wetland. Google maps di bawah nie adalah tasik yang menempatkan buaya-buaya tu... besarkan tasik nie...



Lepas berkunjung di tasik yang menempatkan buaya, pengunjung akan melintasi pula tasik yang menempatkan angsa-angsa swan. Hanya dapat melihatnya dari jauh saja.


Paya Indah Wetland

Antara aktiviti yang boleh di lakukan di Paya Indah Wetland nie ialah aktiviti berbasikal. Kome boleh sewa basikal disini dengan harga RM5 untuk 1 jam. Boleh je kawtim kalau pegi buat aktiviti berkumpulan masa weekday. Tak ramai pengunjung pun time-time hari weekday nie. Sorry la ye, tak ada gambar aktiviti berbasikal. Tak sempat nak snap sebab masing teruja nak berbasikal.

Bila dah ada basikal nie, boleh la meronda jauh sket. Naik bukit, turun bukit. Di sebabkan masa terhad, kami hanya sempat melawat Menara Tinjau je. Apa ada di Menara Tinjau nie... Bila dah ramai tu, kena gilir-gilir la naik ke atas tower tu... Terhad dalam 10 orang dalam satu-satu masa...


Paya Indah Wetland

nie la pemandangan dari Menara Tinjau Paya Indah Wetland...


Paya Indah Wetland

Paya Indah Wetland


Lepas berehat sebentar, kami terus berlumba balik untuk aktiviti seterusnya di Pusat Interpretasi. Apa yang ada disini ye...?


Pusat Interpretasi Paya Indah Wetland

Di Pusat Interprestasi nie ada pameran anatomy dan physiology haiwan-haiwan yang terdapat di Paya Indah Wetland nie.

Nie adalah telur-telur haiwan yang terdapat disini, seperti telur buaya, telur burung-burung dan banyak lagi la...


Pusat Interpretasi Paya Indah Wetland

Nie pulak adalah buaya yang telah di awet...

Paya Indah Wetland

Di bawah ni pulak adalah tengkorak buaya dan badak air... dah rupa tulang dinosor la pulak...

Pusat Interpretasi Paya Indah Wetland

Selesai aktiviti di Pusat Interprestasi nie, kumpulan kami terus ke Belibis Cafe untuk makan tengahari. Menu makan tengahari boleh di aturkan melalui pihak cafe. Jadi tiada masalah bab makan-makan nie.

So, tamat la sudah aktiviti di Paya Indah Wetland nie. Jika ada kelapangan boleh lah meneroka Education zone pula. Pasti lebih menarik lagi.

No comments :

Post a Comment

Ada robot tak??? Setiap komen yang di tinggalkan disini akan di kunjung balas ke blog tuan-tuan sebagai tanda terima kasih... Sudi-sudilah tinggalkan komen kome kat sini ye... Terima kasih...