Sunday, February 26, 2017

Kuliah : Ikan dalam surah Al-Kahfi

Sekadar perkongsian. Sukar rasanya berfikir dengan logik bagaimana ikan boleh hidup tanpa air. Kerana pada dasarnya, habitat ikan adalah air. Ikan Lungfish (Protopterus Sp), adalah ikan yang diakui boleh hidup berhibernasi di darat, hidup tanpa air. Lalu, inikah jenis ikan itu? Inikah ikan yang diceritakan dalam surah Al-Kahfi? Ikan yang hidup dengan cara yang aneh ini, inikah ikan yang diceritakan dalam surah Al-Kahfi? Inilah ikan yang menjadi saksi perjalanan Musa bertemu dengan Khidir. Jelaslah sudah, dalam ayat Al-Qur’an ini ALLAH memberi petunjuk pada mereka yang selalu memikirkan tentang kekuasan-Nya dan apa yang boleh Ia perbuat. Karena meragukan kuasa ALLAH dan firman Al-Qur’an. Lihat video dibawah👇




Surah Al-Kahfi




Maka apabila mereka berdua sampai ke tempat pertemuan dua laut itu, lupalah mereka akan hal ikan mereka, lalu ikan itu menggelunsur menempuh jalannya di laut, yang merupakan lorong di bawah tanah.
(Al-Kahfi 18:61)


Temannya berkata: "Tahukah apa yang telah terjadi ketika kita berehat di batu besar itu? Sebenarnya aku lupakan hal ikan itu; dan tiadalah yang menyebabkan aku lupa daripada menyebutkan halnya kepadamu melainkan Syaitan; dan ikan itu telah menggelunsur menempuh jalannya di laut, dengan cara yang menakjubkan".
(Al-Kahfi 18:63)

Tafsir Al-Quran ehsan dari portal Surah.

Saturday, February 25, 2017

Kuliah : Cinta kepada Rasulullah S.A.W

Entry kali ini sekadar perkongsian program Ustaz Syed Putra Al-Shahab di Majlis Agama Islam Selangor. Semoga kita mampu mencintai rasul Allah sehebat mungkin.


Friday, February 24, 2017

Kadar pengunaan elektrik peralatan rumah

Ketahui kos pengunaan elektrik anda. Kos sara semakin meningkat. Sebelum nie teman ada kongsikan tips untuk menjimatkan pengunaan elektrik. Klik kat sini ye kalau nak baca entry tu. Dalam entry hari ini, teman akan kongsikan kadar pengunaan elektrik untuk perkakasan rumah.


Thursday, February 23, 2017

Petua : Untuk merawat sakit tekak

Pasti semua orang pernah mengalami masalah sakit tekak. Bila sakit tekak, mesti perit untuk berbicara. Teman sendiri pun pernah mengalami sakit tekak yang berlarutan berhari-hari lamanya. Bila mendapatkan rawatan di klinik pasti doktor menasihatkan untuk banyak minum air masak.

Tembikai 
Gambar ehsan Google.

Dalam entry hari ini, teman akan kongsikan satu petua untuk mengatasi masalah sakit tekak. Caranya amat mudah  dan bahannya mudah untuk di dapati. Petua ini perlu dibuat waktu malam, sebelum tidur. Macam nie caranya. Ambil, sepotong buah tembikai dan potong kecil-kecil dan kemudian taburkan sedikit garam. Gaul sehingga rata dan kemudian makan.

Ini akan membuat kan keadaan menjadi lebih dan kebanyakkannya akan sembuh keesokkan harinya. Petua ini juga boleh membantu rawatan radang gusi.

Wednesday, February 22, 2017

Wordless : Mega merah di ufuk timur

Syukur kepada Allah, matahari masih lagi terbit di sebelah timur dan menyinari seluruh alam ini. Alhamdulillah...


Tuesday, February 21, 2017

Restoran #Bikin Panas

Bikin Panas. Ada jugak ye nama Restoran #Bikin Panas nie. Jangan makan yang dihidangkan sejuk, udah le. Teman nampak restoran nie masa jalan-jalan di kawasan Puncak Alam Fasa 2. Saja nak buat entry pasal nama restoran nie yang agak unik, bagi teman laa...


Kalau nak tau lebih lanjut pasal Restoran #Bikin Panas nie, kome log in la ke laman FB mereka...


Setakat nie, teman masih tak berkesempatan lagi untuk mencuba hidangan di restoran nie. Bila check kat FB restoran nie... nampak macam menarik je menu yang di hidangkan... Ada masa nanti, teman terjah ke sini. Untuk entry hari nie, teman kongsikan pintu depan restoran nie dulu 😂😂🤣😂🤣😂🤣😋.


Sunday, February 19, 2017

Kuliah : Doa seorang pemuda

Kisah seorang pemuda yang selalu pergi solat di sebuah masjid. Setiap kali masuk waktu solat, dia akan ke sana untuk mengerjakan solat berjemaah. Tidak pernah ketinggalan.

Seorang sheikh tua sangat kagum melihat kerajinan pemuda itu. Berbeza dengan pemuda-pemuda lain yang lalai mengerjakan solat jemaah.

Oleh kerana pemuda ini seorang yang baik dan taat pada agama, sahabat-sahabat dan kawan-kawannya selalu meminta pemuda ini mendoakan mereka. Alhamdulillah! Doanya selalu dimakbulkan Allah Taala.

Doa seorang pemuda 
Gambar ehsan Google.

Kawan yang minta dia doakan dapat jodoh, akan berkahwin. Kawan yang minta dia doakan dapat anak, isteri kawannya akan mengandung. Begitulah seterusnya, apa sahaja yang didoakan  pasti akan dimakbulkan oleh Allah.

Sampailah masa pemuda itu berkahwin dan isterinya mengandung. Ketika isterinya hampir melahirkan anak, pemuda itu berdoa agar anaknya yang bakal lahir sempurna sifat dan anggota badannya.

Namun, apa yang menyedihkan, anak pemuda tersebut cacat dan tidak sempurna. Pemuda tersebut hairan kenapa doanya sudah tidak dimakbulkan Allah Taala.

Selepas itu, doa pemuda tadi sudah tidak dimakbulkan lagi oleh Allah. Apabila pemuda ke masjid, dia perasan seorang syeikh tua di masjid sudah tidak kelihatan.

Dia bertanya kepada jemaah di sana. Mereka mengatakan syeikh tua tersebut telah meninggal dunia.

Kemudian, datang seorang lelaki berkata kepada pemuda tersebut, "Kamu tahu tak, syeikh itu selalu berdoa kepada kamu, ya Allah! Makbulkanlah segala permintaan pemuda itu. Setiap hari syeikh itu mendoakan untuk kamu."

Pemuda tersebut terkejut mendengar khabar itu. Pemuda itu rasa insaf dan dia sedar bahawa bukan doa dia yang dimakbulkan Allah, tetapi doa syeikh tadi.

Allahu Akbar!

Kisah ini sangat terkesan di jiwa saya. Kita hidup senang dan mudah di dunia ini kadang-kadang atas keikhlasan doa orang lain.

Anak-anak bahagia kerana doa ibubapanya yang tidak pernah putus.

Suami/isteri diberi kemudahan dalam urusan kerana doa pasangan mereka yang Ikhlas.

Ibubapa bahagia di alam barzakh kerana kiriman doa anak-anak yang soleh.

Pelajar berjaya atas keberkatan doa seorang guru yang tidak pernah jemu.

Sahabat/Kawan bahagia di dunia ini kerana ada doa sahabat lain yang tulus.

Dan kita semua selamat dari bencana mungkin masih ada lagi doa para ulamak di dunia ini.

Allahu Allah!

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.

Saturday, February 18, 2017

Kuliah : Ketika khatib sedang membaca khutbah solat Jumaat

Membuat perkara yang sia-sia ketika khatib sedang membaca khutbah. Teman biasa lihat perbuatan nie ketika solat Jumaat. Walau pun khatib telah berkali-kali mengingatkan mereka, tapi masih juga mereka membuat perkara yang sama.




Semoga perkongsian ini memberi peringatan dan manfaat kepada kita semua untuk menunaikan ibadah dengan sebaik mungkin.

Friday, February 17, 2017

Makan plastik

Lelaki makan plastik. Hari tu, teman ada la share pasal barang naik (BN). Memang ramai yang terasa dan tertekan akibat kos sara hidup yang semakin tinggi nie. Hari tu ada juga teman terdengar orang makan paku macam makan nasi. Sebab lapar katanya. Nie pulak makan plastik siap cicah air lagi tu, macam makan roti cicah teh.


Kome jangan pulak buat macam nie. Kalau penyu kat laut tu makan plastik boleh mati, inikan pula manusia. Baik la makan nasi. Kalau bosan pasal semua benda asyik naik je... Sampai masa nanti, kome buat la pilihan yang terbaik... Kita boleh kasi tukar sama dia... Kita yang lantik dia... We are the Boss... Dia kerja untuk kita... Itu la yang sepatutnya...
👌🤗🤗

Thursday, February 16, 2017

Petua : Supaya rambut cepat panjang

Petua untuk bagi rambut cepat panjang. Bila kita sudah gunting rambut, kadang-kadang kita rasa lambat sangat la rambut tu nak panjang semula. Dalam entry hari ini, teman akan kongsikan satu petua untuk bagi rambut cepat panjang.

Rambut panjang bersinar 
Gambar ehsan Google.

Bahan utama untuk buat petua ini ialah teh hijau. Teh hijau dipercayai boleh memberikan kesan positif untuk mencantikkan rambut kerana teh hijau boleh melancarkan aliran darah pada seluruh pembuluh darah hingga ke kulit kepala.

Teh Hijau 
Gambar ehsan Google.

Untuk membuat petua ini, caranya bancuh teh hijau tanpa gula dan diusap-usapkan pada rambut. Biarkan seketika sebelum dibilas rambut tersebut sehingga bersih. Dengan cara ini, akan mempercepatkan pertumbuhan rambut dan menambahkan sinar pada setiap helaian rambut tersebut. Lakukan petua ini sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.

Ok, selamat mencuba ye. Jangan lupa tinggalkan komen kat sini bila kome dah mencuba petua nie.

Monday, February 13, 2017

Apa ada di sebalik ayam?

Apa ada di sebalik perkataan 'ayam'? Sebelum nie teman tak terfikir pun pasal nie. Kebetulan, hari sabtu lepas teman ke kedai untuk membeli ayam. Biasa la kan, harga ayam sekarang pun dah makin mahal... macam entry BN hari tu... tak ada lagi dah barang yang tak naik harganya...

Ayam 
Gambar ehsan Google.

Berbalik pada kisah ayam tadi, teman sebenarnya bukan la nak cerita pasal ayam. Tapi saja nak cerita pasal sign board harga ayam nie. Ok, bila tengok sign board kat bawah nie... ok la, semua akan dapat membaca harga ayam yang di jual. Nie harga ayam pada 11 February, 2017.


Harga ayam

Cuba baca pulak sign board yang sama di bawah nie. Pasti semua dapat membaca perkataan 'Maya' 🤗. Macam mana teman ambik gambar nie? Haaa... teman ambik gambar nie melalui cermin side mirror... ini lah hasil nya...


Maya

Melalui cermin, perkataan ayam tu bertukar menjadi Maya... 🤗

Sunday, February 12, 2017

Kuliah : Akibat meninggalkan solat 5 waktu

Solat adalah tiang agama. Jangan sesekali kita meninggalkan solat 5 waktu. Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan keinsafan kepada semua.


Saturday, February 11, 2017

Kuliah : Manfaat solat tahjud

Solat Tahjud adalah solat di waktu malam yang di tunaikan setelah bangun dari tidur. Kebiasaannya solat tahjud ini ditunaikan pada satu pertiga malam, antara jam 1-3 pagi. Dalam entry hari ini, teman akan kongsikan beberapa manfaat mengerjakan solat tahjud.

Manfaat solat tahjud 
Manfaat solat tahjud 
Manfaat solat tahjud 
Manfaat solat tahjud 
Manfaat solat tahjud  
Manfaat solat tahjud 
Manfaat solat tahjud

Manfaat solat tahjud
Manfaat solat tahjud 
Manfaat solat tahjud 
Manfaat solat tahjud
Jom kita amalkan solat tahjud. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.

#solattahjud.

Thursday, February 9, 2017

Petua : Memudarkan jeragat

Masalah jeragat. Kulit wajah yang bersih dan mulus menjadi impian setiap wanita. Kemunculan jeragat pasti akan mencacatkan kecantikan wajah. Dalam entry hari ini, teman akan kongsikan satu petua untuk memudarkan dan menghilangkan jeragat dengan hanya mengunakan bahan yang mudah didapati di dapur.

Jeragat 
Gambar ehsan Google.

Bahan utama yang diperlukan ialah bawang merah. Ambil bawang tersebut, dan belah kepada dua bahagian. Bawang merah yang telah dipotong itu kemudiannya digosokkan pada bahagian yang bermasalah. Gosok dengan perlahan-lahan dan lakukanya pada setiap malam sebelum tidur. Kemudian bilas dengan air bersih. Jeragat akan beransur-ansur pudar.

Selamat mencuba.

Sunday, February 5, 2017

Kuliah : Adab-adab ketika memasuki dapur

Dalam segment kuliah pagi ini, teman ingin memanjangkan perkongsian berkenaan adab-adab ketika memasuki dapur untuk memulakan aktiviti-aktiviti memasak. Setiap apa yang kita lakukan, yang tidak bertentangan dengan syariat Islam adalah ibadah. Malah ada ganjaran dan hikmah disebalik apa yang kita buat seharian sebagai ibadah dan tanggung jawab terhadap keluarga. Ini adalah perkongsian dari imuslimshop.com.

Adab-adab memasak
Seboleh-bolehnya, kekalkan wudhu sentiasa. Sebelum memasuki dapur untuk memulakan aktiviti memasak, sebaik-baiknya hendak lah kita berwudhu.

Adab-adab memasak
Dan kemudian membaca doa sebelum memasuki dapur untuk memulakan kerja-kerja memasak.

Doa masuk dapur
Berikut adalah doa-doa yang boleh diamalkan ketika memasak. Kita mulakan dengan doa untuk memasak nasi.

Doa untuk memasak nasi
Doa masak nasi
Doa untuk memasak
Doa untuk memasak nasi
Doa untuk membersihkan sayur-sayuran.

Doa untuk mencuci sayur-sayuran
Doa untuk memotong daging dan sayur-sayuran.

Doa untuk memotong sayur
Doa untuk menghaluskan bahan perencah.

Doa ketika memasak
Doa untuk memasak

Doa untuk memasak
Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.

Saturday, February 4, 2017

Kuliah : Rezeki dan silaturahim

Sekadar perkongsian. Cuba fahami maksud hadis ini.

Rezeki Luas dan Meninggalkan Nama Yang Baik Selepas Kematian

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ سَرَّهُ أَنْ يُبْسَطَ لَهُ فِي رِزْقِهِ أَوْ يُنْسَأَ لَهُ فِي أَثَرِهِ فَلْيَصِلْ رَحِمَهُ

Dari Anas bin Malik radliallahu 'anhu berkata; Aku mendengar Rasulullah SAW  bersabda: "Siapa yang ingin diluaskan rezekinya atau meninggalkan nama sebagai orang baik setelah kematiannya hendaklah dia menyambung silaturrahim". (HR Bukhari No: 1925)

Silaturahim 
Gambar ehsan Google.

Pengajaran:

1.  Setiap kita sentiasa mengharap sesuatu yang baik sama ada semasa hidup mahupun selepas mati.

2.  Siapa yang ingin diluaskan rezekinya semasa hidup serta  meninggalkan nama sebagai orang baik setelah kematiannya hendaklah dia menyambung silaturrahim.

Ayuh hubungkan silaturahim. Moga rezeki kita murah dan kematian kita meninggalkan kebaikan. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.

Friday, February 3, 2017

Barang Naik (BN)

Sekarang nie tenat betul rasanya. Segala-galanya naik. Harga barang naik, harga minyak naik, tol pun naik jugak. Kos kehidupan semakin meningkat. Yang turun hanya lah nilai mata wang Ringgit Malaysia (RM) yang semakin menyusut.

Kalau masih berkerja, ok la... masih boleh mencari pendapatan sanpingan... Kalau dah bersara, dah tua nanti macam mana... Betul kata-kata hikmahnya... "Rakyat di dahulukan"...


Thursday, February 2, 2017

Petua : Untuk melegakan angin dalam badan

Masalah angin dalam badan. Bila kome mengalami masalah angin dalam badan nie, pasti kome akan merasai gejala seperti kembung perut, terasa loya, badan lemah, otot sendi terasa bisa-bisa dan muntah. Gejala ini terjadi disebabkan angin yang terhasil semasa proses pencernaan tidak dapat di keluarkan dengan sempurna samada melalui kentut atau sedawa. Bila masalah angin ini melanda, pasti mengganggu aktiviti seharian.

Angin dalam badan 
Gambar ehsan Google.

Dalam entry hari ini, teman akan kongsikan 4 petua untuk mengeluarkan angin dalam badan.

4 pilihan petua untuk mengeluarkan angin dalam badan.

Bawang Merah 
Gambar ehsan Google.

Pilihan 1: Campurkan air perahan bawang merah setengah cawan dengan halba rebus setengah cawan. Kemudian, campurkan sedikit madu asli dan kacau sehingga sebati dan minum. Amalkan setiap hari.

Bawang Putih 
Gambar ehsan Google.

Pilihan 2: Kupas seulas bawang putih yang sederhana besarnya dan makan mentah-mentah. Badan akan menjadi hangat dan angin akan keluar. Rasa mual dan pening akan berakhir.

Pilihan 3: Ambil 5 ulas bawang putih dan bakar tetapi jangan sampai hangus. Kemudian, makanlah bawang tersebut. Hasilnya, angin dalam badan akan keluar.

Mata Kucing 
Gambar ehsan Google.

Pilihan 4: Rebus buah mata kucing bersama halia dan gula melaka. Minum air tersebut setelah suam. Lebih elok diamalkan selepas memakan nasi.

Selamat mencuba. Harap kome dapat tinggalkan komen bila dah mencuba petua nie.

Petua : Supaya beras lebih tahan lama

Macam mana nak simpan beras supaya tahan lebih lama. Bagi mereka yang berkerjaya, sudah tentu ada ketikanya tidak sempat untuk masuk ke dapur akibat kepenatan menyelesaikan urusan di pejabat. Bila tiba di rumah sudah letih dan lesu, lalu tak sempat untuk memasak.

Beras
Gambar ehsan Google.

Disebabkan itu, beras yang ada jarang dapat di habis dalam masa sebulan. Jika beras ini tidak gunakan, lama kelamaan beras ini akan berbau hapak dan rosak. Untuk mengatasi masalah ini, boleh la mencuba petua ini. Mudah saja caranya.

Ambil segenggam cili kering. Kemudian, goreng di atas kuali panas tanpa minyak sehingga ia benar-benar panas. Kemudian, masukkan cili kering tersebut ke dalam bekas simpanan beras sebelum di tutup rapat. InsyaAllah beras tersebut tidak akan rosak.

Selamat mencuba.

Wednesday, February 1, 2017

Tips untuk menanggani ular

Sekadar perkongsian. Ini adalah tips yang di kongsikan oleh pihak JPAM jika berhadapan dengan ular. Biasanya banyak kes berlaku dimana ular memasuki kediaman ketika musim panas.

Tips menanggani ular 

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...