Thursday, August 10, 2017

Petua : Untuk menaikkan seri wajah

Menaik serikan wajah. Orang-orang lama selalu amalkan petua ini. Terutama bakal pengantin yang akan melangsungkan perkahwinan. Biasanya orang perempuan akan mengalami masalah kulit kusam dan pucat. Untuk mengatasi masalah ini, kome boleh mencuba petua ini. Pasti ramai yang tahu kegunaan daun inai. Selain digunakan untuk berinai, daun inai juga bermanfaat untuk tujuan kesihatan dan kecantikkan. Kalau kome nak baca, teman ada kongsikan manfaat air rebusan inai dalam entry yang lepas. Kome boleh klik disini petua penjagaan bibir dan disini untuk kesihatan dalaman wanita.

Daun inai

Gambar ehsan Google.

Ok, berbalik pada entry petua untuk hari ini, daun inai juga digunakan untuk menaikkan seri wajah. Caranya macam nie. Amalkan minum air rebusan daun inai setiap pagi. Air rebusan daun inai bukan saja dapat memanaskan badan, malah membantu untuk melancarkan perjalanan darah dan membuatkan kulit tampak kemerahan.

No comments :

Post a Comment

Ada robot tak??? Setiap komen yang di tinggalkan disini akan di kunjung balas ke blog tuan-tuan sebagai tanda terima kasih... Sudi-sudilah tinggalkan komen kome kat sini ye... Terima kasih...