Thursday, November 2, 2017

Petua : Untuk memastikan dapur sentiasa harum

Kawasan dapur adalah antara kawasan selesa bagi kaum ibu. Manakan tidak, kebanyakkan masa di habiskan di dapur. Tidak di nafikan kawasan dapur agak sukar di jaga tambahan pula jika tidak menjaganya dengan betul akan hadir bau-bauan yang tidak menyegarkan.

Bunga Cengkih & Bunga Lawang

Gambar ehsan Google.

Ok, untuk mengatasi masalah ini, teman kongsikan satu petua nie, untuk memastikan kesegaran udara di dapur. Kome perlu dapatkan bahan-bahan nie;

  1. Beberapa batang kayu manis
  2. Beberapa kuntum bunga cengkih
  3. Cuka
  4. Air

Campurkan kesemua bahan ini dan rebus sehingga mendidih. Kemudian biarkan air rebusan ini sejuk. Setelah itu, masukkan ke dalam bekas penyembur. Air rebusan ini boleh lah di sembur dan lapkan pada permukaan kabinet dapur, jubin dan sekitar kawasan dapur. Cara ini amat berkesan untuk menghilangkan bau hanyir serta bauan yang tidak menyenangkan di sekitar dapur.

Selamat mencuba ya.

2 comments :

  1. perghhh!!! rajinnye update..
    thx share pehhghhtua.. heeee~

    ReplyDelete
  2. better air daun pandan kot di sembur keliling dapur, hahaha!

    ReplyDelete

Ada robot tak??? Setiap komen yang di tinggalkan disini akan di kunjung balas ke blog tuan-tuan sebagai tanda terima kasih... Sudi-sudilah tinggalkan komen kome kat sini ye... Terima kasih...