Thursday, January 4, 2018

Petua : Untuk kurangkan bulu roma

Masalah bulu roma lebat. Untuk kaum lelaki, mungkin tiada masalah sangat jika bulu roma lebat. Tapi bagi kaum wanita, bulu roma yang lebat menjadi masalah buat mereka. Masalah ini akan menjejaskan penampilan mereka. Jadi kaum wanita akan mengunakan pelbagai cara untuk menanggalkan bulu roma tersebut.

Bulu roma lebat

Gambar ehsan Google.

Dalam entry ini, teman akan kongsikan satu petua tradisional untuk mengurangkan pertumbuhan bulu roma tersebut. Mencukur bulu roma akan menyebabkan bulu roma tumbuh semakin lebat. Untuk membuat petua ini, kome perlu sediakan bahan-bahan ini;

  1. 2 sudu besar air perahan limau nipis
  2. Sedikit gula pasir

Campurkan kedua-dua bahan ini dan kacau sehingga gula pasir itu laut bersama air perahan limau nipis tersebut. Setelah itu, sapukan ramuan ini pada bahagian yang bermasalah. Biarkan sehingga kering. Kemudian, boleh di bilas dengan air bersih. Lakukan petua ini dua kali sehari, sehingga bulu roma itu gugur dengan sendirinya.

Selamat mencuba.

No comments :

Post a Comment

Ada robot tak??? Setiap komen yang di tinggalkan disini akan di kunjung balas ke blog tuan-tuan sebagai tanda terima kasih... Sudi-sudilah tinggalkan komen kome kat sini ye... Terima kasih...